Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

Kerajaan kaji bentuk baharu BR1M

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang mengkaji penyediaan bentuk baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia yang mungkin diperkenalkan menjelang 2015.

“Kami sedang menjalankan beberapa kajian mengenai kaedah untuk meneruskan BR1M, dan bentuknya. Kami harap menjelang 2015, model baharu yang menghubungkannya dengan rasionalisasi subsidi kerajaan dapat diperkenalkan,” kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pembiayaan Hak milik Intelek di sini hari ini.
Model baharu subsidi akan lebih berkesan berbanding format semasa yang diamalkan oleh kerajaan.
“Ini merupakan waktu penyesuaian,” katanya sambil menambah bahawa dalam jangka panjang, kerajaan mahu membantu rakyat menikmati pendapatan tinggi dan bukan hanya BR1M atau baucar buku untuk pelajar.
Penyesuaian pendapatan itu adalah sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi Kerajaan manakala langkah-langkah semasa yang dijalankan oleh kerajaan, termasuk pembangunan industri teknologi tinggi yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah.
Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata ia akan mengagihkan RM4.6 bilion untuk BR1M pada 2014, yang akan memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima.
Pada 2013, kerajaan mengagihkan RM2.9 bilion kepada 6.8 juta penduduk. -BERNAMA

Tiada ulasan: