Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 21 Disember 2013

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) - Mohamad Sabu disaran melafazkan sumpah

Mengapa tidak boleh bersumpah keatas perkara yang sudah berlalu sedangkan dalam perlantikan jawatan mereka pun berani bersumpah taat setia memegang amanah pada perkara yang belum berlaku ?

Ini lah persoalan yang hendak Admin PM ceritakan serba sedikit pada para pembaca Blog pm serta sahabat sahabat faceebok pm semua dan amatlah bersesuaian dgn ijtihad karamah TGHA yg dipersetujui oleh ahl-ahlii pas yakni WAJIB mendedahkan sekiranya ada keburukan pemimpin yg meminpin umat,khasnya umat Islam demi menyelamatkan umat.

Andai kata Mat Sabu enggan bersumpah menafikan tuduhan,PM rasa  tidak bersetuju dgn tertuduh,sebab SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN,pernah bersumpah di dlm masjid dihadap oleh para sahabat ketika menafikan pertuduhan terhadapnya.

Wahai seluruh ahli pas/pakatan yg Islam,kalau dikumpul seluruh ahli pas,TGNA,TGHA serta tertuduh dibandingkan ilmu,keimanan,tawadhuk,takwa,tawakkal SAIDINA UTHMAN dgn kamu semua di sisi ALLAH umpama langit dgn bumi,layaknya. Wallahu'alam.

PM berpendapat bukan niat kita nak mengaib kan sesiapa cuma hendakkan penjelasan serta jawapan dari orang no dua Pas ini sahaja dan PM rasa amat bersesuaian dgn Hadith Nabi SAW,riwayat imam Ibnu Majjah, mafhumnya Nabi SAW pernah memberitahu sahabat ,tentang seorang penzina berserta dgn nama dan identitinya,tetapi tidak dapat dihukum REJAM sebab tak cukup bukti utk hudud. 

SAYUGIA diketahui setiap bukti yg diiktiraf oleh masyarakat boleh digunakan sebagai bahan utk menilai akhlak seseorang dan bukannya utk menjatuhkan hukuman.Tujuan Nabi SAW,utk umat mengetahui akhlak yg dituduh ditakuti akan terpilih menjadi seorang yg menjagai amanah bagi umat.

Jom sahabat sahabat PM kita lihat apa pula saranan dari  
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar melalui berita yang admin petik dibawah maka marilah kita sama sama renung renungkan sahabt sahabat Fillah ku semua.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disaran melafazkan sumpah di masjid bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengamal dan memegang ajaran Syiah.

Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, keadaan dikhuatiri bertambah buruk sekiranya Mohamad mengheret isu itu ke mahkamah.


"Saya ingin mencadangkan kepada Mohamad agar melafazkan sumpah tersebut di masjid bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak dipolitikkan.
"Sebagai umat Islam, kita wajib memelihara hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Semalam, Mohamad menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran Syiah sebelum memfailkan saman fitnah.


Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin kanan Pas adalah pengikut Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.


Dalam perkembangan sama, Fakhrul Azman memberitahu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengakui tentang bahaya ajaran Syiah.


"Jadi, adalah lebih baik sekiranya UMNO dan Pas duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini demi perpaduan umat Islam serta orang Melayu," ujarnya. 
Catat Ulasan