Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

Himpunan Guling Kerajaan:Polis akan bertindak Tegas jika diadakan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat untuk memastikan kesahihan mengenai Himpunan Guling Kerajaan pada malam tahun baru yang disebarkan di internet.

Apapun beliau mengingatkan orangramai tidak menyertai sebarang perhimpunan seumpama itu kerana ia haram.

Jawab soalan wartawan pada sidang akhbar di Bukit Aman Rabu,Khalid berkata  mereka yang terlibat dengan perhimpunan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma).

Polis,katanya sedang mengambil langkah proaktif menyiasat hebahan di internet itu.

Beliau beri jaminan polis akan mengambil tindakan  bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan.

Dalam pada itu Khalid memberitahu polis juga sedang mengesan individu yang gambarnya dipaparkan pada sepanduk mengenai perhimpunan tersebut.

Beliau meminta individu berkenaan tampil bagi membantu siasatan.
Banner dan pengumuman mengenai himpunan berkenaan didapati disiarkan di internet dan mencetuskan tanda tanya siapa penganjurnya.

Sekalipun setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku,dipercayai ia taktik pihak tertentu untuk jolok dan hasut orangramai berhimpun pada malam tahun baru. 

Tiada ulasan: