Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 27 Disember 2013

Heret ROS ke mahkamah jika DAP berani

Zulkifli Mohd Noor
Kemelut yang dihadapi oleh DAP dilihat berterusan selagi parti itu tidak mendapat pengiktirafan yang sah dari Pendaftar Pertubuhan.

Malah kedudukan barisan kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih pada September yang lalu tidak sah sekali gus mereka tidak boleh menggunakan jawatan masing-masing sehingga kedudukan disahkan.

Bekas Naib Pengerusi DAP Pusat, Zulkifli Mohd Noor berkata demikian ketika mesyuarat Kongres Melayu Pulau Pinang di Georgetown semalam.

“Penggunaan kedudukan mereka sebagai Pengerusi, Setiausaha dan lain-lain jawatan adalah tidak sah selagi ia belum disahkan oleh ROS.

“Sebarang keputusan yang dibuat oleh mereka adalah tidak sah serta tidak boleh diiktiraf kerana keputusan tersebut dibuat oleh mereka yang belum disahkan jawatan.

“Jika DAP yakin mereka berada dilandasan yang betul mengikut proses undang-undang, sila bawa ROS ke mahkamah, ” jelas beliau lagi.

Zulkifli juga mencabar DAP supaya tidak bermain sandiwara dengan pelbagai dakwaan yang menyalahkan ROS, sedangkan mereka sendiri tahu kedudukan sebenar status jawatankuasa yang telah dipilih baru-baru ini.

Konflik yang menghantui DAP semakin kritikal selepas pemilihan CEC baru-baru ini.Selain kedudukan barisan kepimpinan pusat dipertikaikan, jawatankuasa kepimpinan negeri Kedah turut berada dalam dilema.

Pelantikan jawatankuasa interim negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari Abdullah sebelum ini turut dipertikaikan oleh bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

Tiada ulasan: