Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

Chef Wan nyaris buta kini dirawat dihospital

Gara-gara tidak boleh tidur selama tiga hari kerana kegatalan dan bengkak di bahagian hidung dan wajah,chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.
Beliau kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi tadi, di mana pihak doktor telah membuang kuman jangkitan dibahagian hidungnya sebelum merebak di bahagian mata dan juga otak yang boleh menyebabkan masalah kritikal.
“Saya telah ke hospital pagi ini kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.
“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.
“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” katanya menerusi kiriman mesej whatsapp miliknya pagi ini.
Tambah Chef Wan, sekiranya jangkitan itu tidak menerima rawatan lanjut, besar kemungkinan dia akan mengalami demam dan bakteria akan berpindah ke bahagian otak dan boleh membawa maut.
Jelasnya lagi, menurut pihak doktor bakteria boleh merebak dengan cepat dan dia bernasib baik kerana dapat menjalani rawatan secepat yang mungkin.
Pihak portal murai.com.my mendoakan agar Chef Wan akan cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa tidak lama lagi. 

Tiada ulasan: