Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

Henti kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam soal hudud

PUTRAJAYA  - Kerajaan Pas Kelantan digesa tidak berdolak-dalih dalam isu pelaksanaan enakmen hudud dengan mengatakan perlu mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan sebelum hukum Islam itu dapat dilaksanakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri itu perlu menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan hukum tersebut tanpa perlu menuding jari kepada pihak lain.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan isu hudud, Pas tidak seharusnya meletakkan beban tersebut di bahu pihak lain sekiranya tidak mampu melaksanakannya.

"Sebelum ini dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang pun tidak ada sebut hukum hudud tetapi bila timbul isu ini mereka minta kita campur tangan.

"Sepatutnya apabila sudah menjadi satu pakatan mereka perlu laksanakan hukum ini di negeri yang yang diterajui dan kemudiannya Kerajaan Persekutuan akan lihat dari segi perundangan Persekutuan adakah sesuai atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian di antara Sinergi Perdana Sdn. Bhd. dan Hiska Sinergi Sdn. Bhd. di pejabatnya di sini hari ini.

Minggu lalu, Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan memaklumkan pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksana hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam itu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas seolah-olah bersikap dingin menyambut saranan tersebut apabila meminta komitmen Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum tersebut.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sekiranya Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hukum tersebut kerajaan negeri seharusnya bersungguh-sungguh melaksanakannya.

Katanya, parti tersebut juga digesa meyakinkan rakan-rakan pakatannya yang lain terlebih dahulu sebelum mahu melaksanakan hukum tersebut.

"Saya sarankan negeri yang diperintah pakatan pembangkang laksanakan dahulu hukum ini kerana mereka merupakan parti komponen, jadi laksanakan dahulu di Pulau Pinang dan Selangor.

"Bagi Kerajaan Persekutuan, kita akan lihat kalau ada penelitian daripada Pejabat Peguam Negara dari segi perundangan kerana hudud merupakan satu enakmen yang perlu diluluskan tetapi dalam bab agama Islam pihak negeri mempunyai kuasa tertentu," katanya.

Tiada ulasan: