Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

Muslim, Buddha capai kata sepakat selesai konflik Myanmar Hasil usaha Malaysia

Sebuah masjid terbakar di Lashio, Myanmar dipercayai akibat ketegangan Buddha dan Muslim.
KUALA LUMPUR – Wakil kumpulan masyarakat Muslim dan Buddha yang berjumpa dalam forum antara agama yang berlangsung di Kuala Lumpur mencapai kata sepakat untuk mencari jalan penyelesaian konflik di Myanmar.
Forum “Biennial Conference of the International Network of Engaged Buddhists (INEB)” yang julung kalinya diadakan di negara majoriti Muslim pada 1 hingga 4 November lalu bersetuju menubuhkan satu suruhanjaya mencari maklumat untuk mengkaji hubungan antara masyarakat Buddha dan Muslim di Myanmar.
“Bekerjasama dengan kumpulan masyarakat awam dalam Myanmar, misi suruhanjaya mencari maklumat ini akan mempunyai tiga objektif.
“Tiga objektif tersebut adalah mencari fakta mengenai konflik antara Muslim-Buddha, mencari punca konflik tersebut dan membangunkan sumber serta cadangan untuk mewujudkan keharmonian dan keamanan antara agama di Myanmar,” kata penganjur INEB dalam kenyataan media hari ini.
INEB berkata, misi suruhanjaya tersebut bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan di serantau Asia dan di kalangan masyarakat berbilang agama.
Katanya, konflik yang berlaku di Myanmar merupakan satu cabaran kepada hubungan keharmonian di rantau Asia yang selama ini sudah terbentuk sejak berabad lamanya.
Forum tersebut anjuran bersama Movement for a JUST World (JUST), Malaysian Network of Engaged Buddhists (MNEB), Persatuan Penganut Buddha Bodhi, Kuala Lumpur (BODHI) dan Buddhist Maha Vihara (BMV).
Konflik antara masyarakat Buddha dan Muslim di Myanmar tercetus sejak Jun tahun lalu, menyaksikan banyak nyawa terkorban di kalangan kedua-dua penganut agama tersebut serta kerosakan harta benda.

Tiada ulasan: