Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

GESAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO SELANGOR SUPAYA KETUA PEMUDA MCA JANGAN BIADAP DAN SEGERA MENARIK BALIK KENYATAANNYA

Pergerakan Pemuda UMNO (PPUM) Selangor hari ini menyelar tindakan biadap oleh Ketua Pemuda MCA, YB Datuk Dr. Wee Ka Siong kerana mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Berikut adalah siaran media oleh PPUM Selangor:

SHAH ALAM, 20 November – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mengecam tindakan biadap oleh Ketua Pemuda MCA, YB Datuk Dr. Wee Ka Siong ekoran kenyataan beliau yang mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

2. DYMM Sultan Selangor bertitah supaya semua rakyat khasnya di negeri Selangor untuk patuh kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

3. Titah DYMM Sultan Selangor adalah sejajar dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu yang melarang penerbitan Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Malaysia.

4. Sebagai seorang Ketua Pemuda Parti Komponen BN, YB Datuk Dr. Wee Ka Siong sepatutnya berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung sensitiviti agama sesuatu kaum. 

5. Oleh itu, kami Pergerakan Pemuda UMNO Selangor sebulat suara mengutuk perbuatan biadap oleh YB Datuk Dr. Wee Ka Siong dan mendesak supaya beliau menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka kepada DYMM Sultan Selangor khasnya kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

6. Kami Pergerakan Pemuda UMNO Selangor akan sentiasa menjunjung titah DYMM Sultan Selangor dan mempertahankan institusi raja dari diperlekehkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

7. Kami turut melahirkan rasa terkilan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal mempertahankan titah DYMM Sultan Selangor sehingga diperkotak-katikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

8. Beliau selaku Menteri Besar yang dilantik oleh DYMM Sultan Selangor sendiri, wajib berdiri teguh di belakang Sultan dan mempertahankan maruah DYMM Sultan Selangor dari diperlekehkan.

9. Tindakan Menteri Besar yang hanya mendiamkan diri membuktikan beliau tidak berupaya melindungi DYMM Sultan Selangor sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor.


10. Sekali lagi, kami Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mengalu-alukan permohonan maaf dari pihak YB Datuk Dr. Wee Ka Siong supaya kecelaruan ini diselesaikan dengan penuh kaharmonian.

Tiada ulasan: