Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 17 Oktober 2013

PAKATAN RAKYAT SEKALI LAGI SANGGUP BUAT PERJANJIAN DENGAN KAFIR BAGI MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNA PAKAI OLEH KRISTIAN DEMI UNDI KAUM CINA ?

Apabila timbul isu ini kita dah pun tahu apa tuntutan yang pihak gereja mahu tak lain tak bukan mahu Kalimah Allah digunakan untuk digantikan dengan nama Tuhan dalam penulisan mereka dan usaha ini jelas berkepentingan tertentu oleh golongan Gereja maka perkara sebegini wajib kita tentang dan pertahankan

Namun akibat desakan DAP nampaknya Pakatan Rakyat sanggp membuat isu ini hangat kembali,kita tahu kehendak pihak Gereja untuk menukar nama tuhan dalam penulisan mereka jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mengesakan tuhan yang satu maka kenapa pas sanggup memutarbelitkan fakta terutama 


DR Maza menghentam tampa enyelidik fakta jelas menampakkan yang beliau berhujah mengikut fahaman politik semata mata dengan memutarbelit kenyataan seorang penasihat agama Johor dengan mengatakan perkara yang tidak benar


Walhal memang wajar diketogerikan murtad orang yg menyokong pihak gereja menuntut kalimah allah boleh diguna pakai dalam penulisan mereka menggantikan nama tuhan kepada Allah dan perkara ini jelas menyeleweng dan menduakan keesaan Allah s.w.t

Akan tetapi DR Maza hanya menuduh kononnya yang dituduh mengatakan haram dan murtad bukan islam menyebut Kalimah Allah walhal perkara ini jelas bukan maksud sebenar yang di maksudkan orang yang dituduh 

Pelik bila pihak gereja kalah di mahkamah Rayuan bab agama pun nak mereka berbincang dengan Kafir yang Agendanya nyata mahu Kalimah digunakan secara bebas iaitu seperti tuntutan DAP dulu jadi tak perlu nak besarkan isu ini lagi jelas nyata dan terang sekali bahawasanya Insyaallah selagi Umno menerajui perkara yang dituntut Pihak Kristian tidak akan dilayan dan jika pas kita sendiri tahu suara Dap yang sering menjadi lidah Rasmi Pakatan Pembangkang almaklumlah jumlah Ahli Parlimen islam sangat sedikit bilangannya dengan jumlah yang Kafir jadi sah suara ORANG MELAYU PAS JADI PAK SANGGUP LA JAWABNYA

SHAH ALAM: Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan besar sehingga melibatkan seluruh warga Arab dan ulama-ulama terkemuka dunia, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad. 
tiada dikatakan beliau bahawasanya melarang bukan Islam menyebut kalimah Allah akan tetapi beliau jelas menyatakan memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad malah tindakan Kerajaan Malaysia ini juga mendapat sokongan dari Ulama dunia yang Pendekar sediakan Ulasannya di bawah sekali

Ini kerana katanya, selain Semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini.

Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Beliau yang juga bekas mufti Perlis itu berkata, jika pandangan tersebut diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili juga dianggap murtad.

Tambah beliau lagi, pandangan itu turut memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.



Pengamatan dari komen penasihat Agama Islam Johor Datuk Nooh Gedut berbeza jauh dari ulasan DR Maza kerana ia melibatkan bukan menyebut malah ianya menulis didalam tulisan didalam majalah yang akan jika dibenarkan ditulis maka nama kalimah suci kita akan di duakan seperti contohnya "ALLAH JASUS''MAKA INI AMATLAH BAHAYA dan boleh menyebabkan berlakunya SLAH TAFSIRAN PADA GOLONGAN YANG BARU HENDAK MENGENAL AGAMA,Malahan kalimah ALLAH bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.

“Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah ALLAH dalam penerbitan mingguan mereka.Jika penggunaan ini diizinkan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat,” kata Hakim Apandi Ali ketika membacakan ringkasan keputusan mereka.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Neger (KDN) mengharamkan kalimah ALLAH di dalam penerbitan Kristian adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 10 September tahun ini, KDN dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujah kepada kepada Mahkamah Rayuan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak wajar.

Jika pihak gereja Katolik meneruskan rancangan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ini bermakna ia masih mempunyai alasan dan bukti bahawa kalimah ALLAH memang sebahagian teras kepercayaan mereka.

Sepanjang isu ini tercetus bukan sahaja pihak yang menuntut (gereja) sahaja yang tegas mahu larangan penggunaan kalimah ALLAH dibatalkan, malah pejuang kebebasan hak asasi manusia dan parti-parti politik juga mahu kerajaan berundur daripada pendiriannya.

Pembangkang dakwa pihak pertahan 'ALLAH' buta sejarah

PKR bersikap liberal dalam isu ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah AALLAH dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah.

Bahasa Arab dan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, hujah beliau.

Bagaimanapun dalam Pas ada pendapat yang berbelah bahagi. Majlis Syura Ulama tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan dalam penerbitan Kristian.

Namun pemimpin lain, termasuk presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berpendirian penggunaan kalimah suci itu boleh diizinkan dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Kini Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan tuntas untuk menunjukkan kalimah ALLAH ini adalah antara isu teras dalam kepercayaan agama orang Kristian.
 
Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Namun paling penting bagi sidang Hakim ialah, keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan Kristian akan menimbulkan kekeliruan.

Pas dan PKR akan pertahan 'ALLAH' jika utamakan usul fiqh

Dapat dibayangkan apa yang dimaksudkan oleh para hakim berkenaan ialah keputusan yang menyebelahi pihak Kristian bakal mengundang musibah keretakan perhubungan kaum dan agama yang serius.

Dalam Islam pun ada kaedah usul fiqh yang menetapkan supaya dalam membuat pilihan di antara dua keburukan, pilihlah yang lebih besar mudaratnya.

Isu ini memang menginsafkan betapa pentingnya soal agama tidak ditunggangi untuk dijadikan modal politik.
Jika PKR dan Pas mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu mereka memilih untuk menyokong keputusan kerajaan sejak awal lagi. 

Namun demi mengaut keuntungan politik, masa depan negara, agama dan bangsa sanggup diperjudikan.
 
Seharusnya tindakan lebih wajar ialah menasihati pihak gereja bahawa demi masa depan perhubungan kaum, dan agama serta memelihara kesejahteraan negara, isu ini usah diperpanjangkan.
 
Usahlah menjadi batu api yang boleh memercikkan pertentangan sengit di kalangan kaum dan agama di bumi Malaysia ini. 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah: 


1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
 
2.  Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
 
3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
 
4.  Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
 
5.  Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
 
6.  Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
 
7.  Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
 
8.     Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
 
9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
 
10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
 
11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan,ketegasan,dalam,menjaga,maruah,agama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal UgamaKeputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. 

Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. 

Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan Beliau  berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk  mengelakkan daripada penyalahgunaan nama  ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agama agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama  ‘Allah’ tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka. 

Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagalmemelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. 

Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi,  disalahguna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. 

Ianya  seperti istilah  ‘syahid’ yang 
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah  ‘riba’ yang ditukarkan
                                              
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.

Fail’Cawangan’Aqidah’JAKIM.

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. 

Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala  Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah  ‘Allah’ kepada pihak Kristian. 
Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama  bagi  Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

Rujukan
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
Al-Thabari, Jami‘ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an
_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.

Tiada ulasan: