Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 1 Oktober 2013

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan beberapa kawasan diWilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja yang akan dijalankan oleh kontraktor SYABAS.

 Berikut merupakan maklumat mengenai kerja-kerja yang akan dijalankan:-

1.       SEBAB-SEBAB GANGGUANKerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip di Rumah Pam Wangsa Maju.

2.       TARIKH/MASA KERJA DIJALANKAN 7 Oktober 2013 (Isnin), 10.00 malam hingga 6 pagi keesokan harinya, 8 Oktober 2013 (Selasa). 3.    

TEMPOH PEMULIHAN BEKALAN Kerja-kerja pembaikan ini dijadualkan dapat disiapkan dalam tempoh 8 jam.

Pemulihan bekalan air akan bermula dari 6 pagi, 8 Oktober 2013 secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan di Rumah Pam Wangsa Maju siap dijalankan sepenuhnya dan pemulihan sepenuhnya dijangka mengambil masa selama tiga hari.

4.       KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT:

Wilayah GombakKampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Hillview; Bukit Jobina; Taman Dato' Ahmad Razali; Taman Bukit Indah; Taman TAR; Kampung Tasek Permai; Ukay Heights; Ampang Jaya; Dataran Ukay; Pinggiran Ukay; Sri Ukay; Beverly Heights; Ampang Indah; Ampang Saujana; Ampang Water Front; Bandar Baru Ampang; Bukit Ampang Permai; Bukit Indah; Desa Lembah Permai; Desa Setapak; Jalan Ampang; Kampung Bukit Sungai Puteh; Keramat AU1 - AU5; Kampung Ampang   Campuran; Kampung Indah Mulia; Kampung Kemensah; Kampung Lembah Jaya; Kampung Pinggir Tiga Jaya; Kampung Tengah Lembah Jaya; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Sri Rampai; Taman Ampang; Taman Dagang Permai; Taman Pandan Ria; Taman Permai Jaya; Taman Permata; Taman Saujana Ampang; Tasek Tambahan; Taman Ampang Mewah; Taman Ampang Utama; Taman Bukit Ampang; Taman Cahaya Ampang; Taman Dagang Jaya; Taman Halaman; Taman Kesuma Ampang; Taman Kosas; Taman Mulia Jaya; Taman Rasmi Jaya; Taman Sri Ampang; Taman Watan; Wangsa Melawati; Bukit Antarbangsa; Ukay Perdana; Ukay Bistari dan Kelab Ukay.Jumlah Akaun Terlibat:    62,588

Wilayah Kuala Lumpur:

Flat DBKL Dato' Keramat; Jalan Padang Tembak; Jalan Semarak; Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U Thant; Jalan Ampang Hilir; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Flat Sri Melaka; Jalan Kent; Taman Putra Sulaiman dan Bandar Tasik Permaisuri.Jumlah Akaun Terlibat:    30,936

Justeru, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut. Sila hubungi SYABAS.
Catat Ulasan