Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 September 2013

SUSPEK UGUT BUNUH KETUA POLIS DI FB ,MURUGAN NAGARETINAM SERAH DIRI


Berikutan catatan Murugan seperti ayat yang terpapar dari prinstscreen diatas, satu laporan polis telah dibuat, klik di sini


Kepada Chandaragesa, klik di sini, tidak perlu menyemarakkan rasa  emosi masyarakat dengan  mendakwa polis celaka. Pasukan Polis Diraja Malaysia disertai oleh pegawai dan anggota berbangsa,  India, Cina, Iban, Bidayuh, Melayu, Orang Asli dan banyak lagi.
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seorang peniaga hari ini telah menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam. 
N. Murugan, 33, yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini sekitar jam 9.30 pagi. 
Murugan yang menggunakan nama Murugan Nagaretinam telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook berbahasa inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?"(Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?)

Ianya susulan laporan polis yang mengesahkan telah menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah telah mengeluarkan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi siasatan dimulakan berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, individu yang sanagat baik dan dikenali masyarakat . Beliau bukan gangster justeru tidak perlu ditembak dan diharap pada rakan rakan yang diluarsana tu berhati hati bila berkomen gunakan akal secantik minda nescaya sinar kebenaran terserlah jua,

Tiada ulasan: