Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 September 2013

Akaun bank: Anwar hanya perlu beri tandatangan Pada Bank Negara- JMM

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya perlu memberikan tandatangannya bagi mengesahkan beberapa akaun bank yang didakwa miliknya kepada Bank Negara, kata Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Justeru Azwanddin meminta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tidak terus bersekongkol untuk melindungi Ketua Umum PKR itu yang kini berdepan dengan tuduhan membabitkan akaun banknya.

Beliau mendesak Anwar menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri bertajuk ‘Bankleaks Anwar/Karpal’ sebelum ini.

"Jadi JMM cuba bantu beliau (Anwar Ibrahim) mendapatkan tandatangan dan berikan kepada Bank Negara dan bukan bagi kepada Umno, bagi kepada Bank Negara untuk beri penjelasan adakah ini benar bank akaun Anwar atau tidak? Itu saja...

"Jadi apakah ini satu ancaman, saya rasa budak ni (Fahmi Fadzil) belajar kurang tinggi, apakah benda ini dilihat sebagai ancaman, bagi saya kalau benar akaun ini bukan milik Anwar jadi kenapa perlu takut, kenapa perlu ancam saya?," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Malah Azwanddin berkata hasratnya mendapatkan surat kebenaran itu juga dapat membersihkan imej Anwar yang sehingga kini masih berdepan dengan dakwaan memiliki akaun bank, meskipun ketua pembangkang itu sebelum ini pernah menafikannya.

"Kedua saya rasa kalau beliau bercakap mengenai integriti, inilah bentuk integriti yang perlu diterjermahkan oleh Anwar Ibrahim, iaitu hanya menandatangani surat tersebut," katanya.

"Pertama ada tuduhan terhadap beliau kerana melibatkan bank-bank akaun beliau dan persoalannya sekarang apabila ditanya, beliau tidak menjawab.

"Ataupun beliau sentiasa mengelak sebarang pertanyaan yang diajukan. Jadi untuk lebih kepada kepentingan semua orang, beliau perlu melihat JMM tampil hari ini adalah bagi membantu membersihkan nama beliau,” katanya.

Sehubungan itu, Azwanddin meminta Fahmi yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi PKR tidak menjadikan perkara itu sebagai ancaman kepada partinya.

Menurutnya, tuduhan Fahmi terhadapnya untuk mencari nama dalam pemilihan Umno bulan depan tidak patut timbul.

"Pertama sekali saya rasa Fahmi Fadzil ini ialah orang yang tidak membuat 'homework'.

"Saya tidak ada cita-cita untuk bertanding dalam pemilihan Umno, malah di peringkat cawangan pun saya tiada jawatan langsung. Jadi saya rasa dia ni tidak buat kajian," katanya.
Azwanddin sebelum ini memberitahu akan ke rumah Anwar bagi mendapatkan tandatangan beliau dalam usaha mencari kebenaran berhubung maklumat akaun-akaun bank itu.

Sekiranya gagal, kata beliau, usaha itu akan terus dilakukan di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang berkenaan, termasuk di Parlimen dan majlis ceramahnya.
Malah, katanya, JMM sudah menyediakan surat rasmi kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun terbabit didedahkan kepada media.

Bagaimanapun, PKR dalam satu kenyataan media hari ini berkata akan membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat JMM atas dakwaannya itu.
sumber:

http://antarapos.com/v1/index.php?q9n...

Tiada ulasan: