Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 Ogos 2013

TERKINI SENARAI AHLI KONGSI GELAP YANG DI KELUARKAN OLEH KDN SERTA DALANG NYA SEKALI ???

ADA INDIVIDU POLITIK TERLIBAT TAK!!!!  ??
PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengumumkan Geng 04 merupakan pertubuhan kongsi gelap yang paling aktif di negara ini.
Katanya, pertubuhan yang mempunyai seramai 5,440 ahli ini dikesan menjalankan kegiatan antaranya menjual dadah, tarik kereta dan memungut wang pelindungan.
"Ia ditubuhkan pada tahun 80-an dan lokasi aktiviti di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur,"katanya pada sidang akhbar pengumuman senarai nama 49 pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap di negara ini hari ini.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.....Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.


“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana. “'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.dilaporkan berkata senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap hanya klick di bawah


KLICK DISINI UNTUK NAMA2 49 SENARAI KONGSI GELAP YG DI SEBUT ZAHID HAMIDI

Tiada ulasan: