Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 Ogos 2013

POLIS SAH KAN KERTAS SIASATAN SIAP BERHUBUNG ISU ''SURAU TOKONG''

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Kertas siasatan berhubung tindakan sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan 13 penganut Buddha mengadakan upacara keagamaan di situ pada 10 Ogos lalu telah disiapkan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, laporan penuh mengenai kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada 21 Ogos lalu.

"Kes ini diketuai oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim dan kini kita hanya menunggu keputusan DPP untuk tindakan lanjut.

"Sehubungan itu saya berharap semua pihak bersabar dan menghentikan sebarang spekulasi serta provokasi yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

alt

Laporan hari ini mengesahkan surau yang menjadi upacara sembahyang sekumpulan penganut Buddha di Kota Tinggi Johor dilaporkan telah dirobohkan.

Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim berkata, arahan mengeluarkan notis  merobohkan surau milik sebuah resort di Kuala Sedili Besar sejak 20 Ogos lalu kerana kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

Tiada ulasan: