Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 29 Ogos 2013

RELA KINI DIKENALI SEBAGAI JABATAN SUKARELAWAN MENURUT ZAHID HAMIDI

PUTRAJAYA- Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam dan mereka bersetuju menjadikan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia iaitu(Rela) sebagai sebuah jabatan dan ini nampaknya merupakan satu tindakan bijak dari Kerajaan kerana dapat memberi semangat baru pada kumpulan tersebut yang selama ini bertungkus lumus dalam membantu pihak pihak yang memerlukan bantuannya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang Pendekar petik dari Utusan Online berkata, selari dengan perubahan status tersebut, gelaran pangkat sedia ada turut akan ditukar kepada lambang-lambang pangkat yang diluluskan

"Kabinet yang bermesyuarat dan telah meluluskan bahawa Rela dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan, tidak lagi sebagai sebuah pasukan tetapi jabatan," katanya ketika berucap melancarkan program Semarak Jalur Gemilang Rela semalam.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, cadangan pertukaran status Rela kepada jabatan antaranya bertujuan memberi peluang kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau yakin Rela dengan kepemimpinan yang ada mampu menggerakkan semangat kecintaan terhadap negara melalui gelombang kesukarelawan yang sedang dilaksana.

"Rela sememangnya telah melalui era transformasi yang membanggakan semenjak 2009. Ahli Rela telah melonjak daripada 540,000 kepada lebih kurang tiga juta," katanya.

Tiada ulasan: