Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 27 Ogos 2013

PANAS;NAIB PRESIDEN PAS TAK AMBIL KISAH BERKENAAN TUNTUTAN BUKAN ISLAM TERHADAP KALIMAH ALLAH.

PANAS ..Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila Beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernohtah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang.

“Isu kalimah Allah umpamanya. Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas, kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya, masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.
Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”. Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.

Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak, pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Sesungguhnya Pendekar begitu hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.

Jadinya di mana bukti yang PAS telah menyelesaikannya sedangkan PAS sendiri sehingga kini masih gagal mempengaruhi rakan sepakatannya dalam PR untuk mengubah pendirian?

Setelah media media Umno bloger2 mendesak Pimpinan Pas menetapkan pendirian setelah Azmin bersuara mengatakan suara majlis syuro bukan suara Pakatan Rakyat dalam menentukan kebenaran pihak Kristian menggunakan Kalimah ALLAH.LIHAT VIDEO DI tulisan Pendekar Melayu sebelum ini SILA KLICK disini

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22 Ogos lepas yang memihak kepada Islam hanyalah satu permulaan kerana detik 10 September 2013 ini ada lagi perbicaraannya yang diharapkan akan menguburkan terus cubaan dakyah Kristian untuk memanipulasi kalimah Allah S.W.T.

Malangnya tempohari di Putrajaya, tiada satu pun pemimpin Pas yang menghadirkan diri,kalau sahabat Pendekar masih ragu sila baca di tulisan Pendekar sebelum ini.

Masih jauh lagi perjalanan dan liku-liku yang perlu ditempuhi sementara kita mencapai kejayaan yang diharapkan kelak akan terus mematikan terus cubaan dakyah oleh gereja Kristian yang cuba mencemar kesucian kalimah Allah S.W.T dengan konsep ketuhanan triniti.

Kepada semua muslimin dan muslimat yang istiqamah memberi sokongan moral, teruskan doa anda sambil itu jangan lupa mantapkan lagi penerangan isu ini demi memastikan kesucian kalimah Allah S.W.T terpelihara dan kepentingan akidah Islam terjaga.

Sesungguhnya Allah S.W.T tetap Tuhan Yang Maha Esa yakni satu-satunya Tuhan Yang disembah, tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Laknatlah ke atas siapa jua yang mahu menyekutukan keEsaan Allah S.W.T.

Tiada ulasan: