Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 2 Jun 2013

SEORANG WANITA SEDANG DIBURU POLIS KERANA MENGHINA AGONG DI LAMAN FACEBOOKNYA !!!! ???


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Polis terima 6 laporan tindakan hina Agong dan pihak Polis akan menjalankan siasatan terhadap isu ini
Perkara ini Admin rasa memang patut dikutuk sekeras-kerasnya kerana mereka ni jelas tidak menghormati Undang-undang dan tidak menghormati Institusi diraja tetapi agak malang apabila segelintir Pentaksub Pakatan Pembangkang sanggup membela si pesalah dan mujur lah pihak sinar memadam komen itu kalau tak silap2 yg cuba menyokong tu pun akan disiasat kerana bertindak mengikut Nafsu dan Dendam.


Orang melayu yang tak sedar diri patutnya bersikap Adil lah dalam segala hal kebenaran dan jangan lah pasal org yang menghina agong tu dari kumpulan parti dia dia pun bela si penghina itu.itu lah sikap buruk jemaah dari golongan ini tidak tahu nak membezakan mana yang baik mana yang buruk.

Akal ada tapi taruk lutut walhal boleh fikir sekolah dari kecik mak ayah hantar dan ada dari kebanyakan menerima bantuan itu dan ini tapi tak reti bersyukor oleh kerana termakan fitnah Pembangkang yg tak Habis2 menghina Undang2 Negara kita.

Admin cakap benda ini sebab Pelik bila tengok hujah2 yang dilempar sebilangan Penyokong Pakatan Pembangkang diruangan Komen SH hari ini sehinggakan ada orang yang menghina Yang Di Pertuan Agong pun masih ada yang nak menyalahkan orang lain tetap nak mempertahankan golongan parti mereka.mari kita lihat amaran Polis Pada yang berani cuba2 nak menghina Orang tu
Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
    
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
   
"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
   
Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara. Sinar Harian
Psssstt..Bercakap ikut perasaan dendam dek kerana hasutan pihak Pembangkang akhirnya memakan diri sekiranya ditangkap jadi berhujah atau berdebat atau berkarya mesti adabatas batasannya ,Meluahkan perasaan tidak semesti dengan kata kata kesat , caci mencaci , maki hamun dan merendahkan mertabat seseorang . Fikir fikir kan lah wahai pengngadu domba sekalian mencaci bukan Budaya kita orang-orang Melayu ISLAM...

Tiada ulasan: