Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 11 Mei 2013

TIADA HARGA BARANG YANG NAIK SEPERTI YANG DIDAKWA SESETENGAH PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR - Harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan.
"Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 beliau berkata, pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan.
Saripuddin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.
"Pegawai-pegawai penguatkuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.
"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya.
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga. - Bernama

Tiada ulasan: