Menurut Kit Siang“Saya berpendapat undang-undang hudud memang tidak sesuai di Malaysia(dia ni Ulamak mana nak campur urusan Agama kita baik suruh dia diam).Kita tetap hormati semua agama yang dianuti oleh semua masyarakat di negara ini. Kita tidak anti kepada mana-mana agama sekalipun,” katanya semasa sidang media di Bilik Gerakan DAP, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau turut mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusinya Norman Fernandez yang menggesa pengundi tidak mengundi Pas selepas parti itu berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.


“Kenyataan yang dikeluarkan Norman adalah pendapat peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan DAP. Jadi, saya rasa isu berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan.

“Saya nasihatkan Norman supaya berwaspada dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan agar tidak mengelirukan orang ramai terutamanya saat genting seperti ini.

“DAP adalah sebuah parti yang berpegang kuat bahawa agama Islam adalah agama rasmi serta menyanjung institusi keagamaan di negara ini.

“Saya juga telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Norman untuk bertanya tentang hal ini serta menasihatkan dia (Norman) agar tidak keluarkan kenyataan seperti ini,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan Norman telah menulis di dalam blognya yang menggesa pengundi supaya menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana negara akan berisiko jika melaksanakan hudud.