Video ini bukannya timbul terasing tetapi merupakan sambungan dan susulan daripada suatu trend, siri episod-episod yang telah berlaku sebelum ini.
“Antaranya gerakan besar-besaran untuk mengarusperdanakan permurtadan di negara kita ini, membawa kes-kes secara high profile seperti kes Azlina Jailani (Lina Joy), isu kalimah Allah, isu Bible dan sebagainya.”
Dr Yusri berkata mesej klip video itu adalah untuk berkempen terhadap sebuah ‘kerajaan baru’ dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia yang diharap dapat membuka pintu diplomatik dengan Israel.
“Dalam video ini, suatu kempen yang terang-terangan untuk mengubah dasar dan polisi negara terhadap negara haram Israel.
“Isu Israel ini juga adalah isu yang besar kerana memang ada di kalangan pemimpin-pemimpin politik di negara kita ini yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan pro-Israel.
“Jadi ini semua, adalah suatu mesej yang selari,”katanya.
Berikut dilampirkan klip video bertajuk “Malaysia Prophecy from Jerusalem” untuk tontonan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan