Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 4 April 2013

Subhanallah! Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib


Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sigh kenapalah makhluk ghaib tu tak buat masjid yang kukuh sikit. Kurang-kurangnya macam Masjid kat kampung saya kalaulah tidak sehebat Haikal Nabi Sulaiman a.s atau pun Masjidil Haram.

"Subhanallah" yang admin lontarkan sepatutnya kepada kecekalan manusia/penduduk di sana yang membina Masjid ini dalam keadaan yang serba kekurangan bukannya pada mitos.

Setahu sayalah setiap tahun akan di adakan acara di Masjid ini di mana bangunan masjid ini akan di plasterkan semula dengan selut tanah secara gotong royong oleh jemaah setempat. Subhanallah! tiada makluk ghaib turut serta dalam acara ini tetapi hanya manusia-manusia biasa yang begitu istimewa semangat dan iltizamnya. (sedih masjid di Malaysia jamban pun tak terjaga)