Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 17 Februari 2013

13,500 ibu bapa tuntut janji KHALED GAGAP !!!!!


Said Anuar (tiga dari kanan) dan Peguam, Kamarudin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian
penduduk melakukan demonstrasi secara aman di Kampung Harmoni, Ijok, semalam.Said Anuar (tiga dari kanan) dan Peguam, Kamarudin Ahmad (tiga dari kiri) bersama sebahagian penduduk melakukan demonstrasi secara aman di Kampung Harmoni, Ijok, semalam.
Kuala Selangor: Semakin ramai rakyat Selangor bangkit mendesak kerajaan negeri supaya menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12)yang lebih memalukan Begitu ramai yang berhimpun ini datang dari kawasan si Khaled gagap ini sendiri dan muka2 ini lah yang mengundi si Khaled ini dulu kebanyakannya. 

Terbaru, seramai 13,500 ibu bapa dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Gombak dan Kelana Jaya menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji dalam manifesto PRU-12, untuk memberi bantuan prasekolah RM50 sebulan, bagi setiap anak mereka. 


Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad, berkata majoriti penduduk yang ditemui kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai alasan dan syarat apabila rakyat menuntut janji, sedangkan ketika kempen PRU-12 lalu, pakatan pembangkang mengatakan semua rakyat layak menikmati kemudahan dijanjikan itu jika menang. 



Kerajaan negeri pandai berdolak-dalik dengan janji yang ditabur apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan saja dapat menerima bantuan ini. 

Dalam manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki pra sekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga mereka, katanya selepas menerima notis tuntutan daripada ibu bapa berkenaan di pekarangan Tadika Sri Harmoni, Kampung Harmoni di sini, semalam. 

Perlu bayar RM59.8 juta 

Said berkata, kerajaan Selangor perlu membayar keseluruhan elaun RM59.8 juta kepada 30,000 kanak-kanak di Tabika KEMAS, perpaduan dan swasta di seluruh Selangor, sejak 2008 hingga sekarang. 
Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners yang mewakili kumpulan berkenaan, berkata pihaknya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor awal bulan depan. 

Sekarang kita masih mengumpul notis tuntutan ini dan kita jangkakan bilangannya akan meningkat kerana pada 21 Februari ini saya akan menerima notis tuntutan daripada ibu bapa di kawasan Pandan dan Ampang pula, katanya. 

Pada 4 Februari lalu, Kerajaan Selangor dan Abdul Khalid gagal mengetepikan saman 711 pengguna air negeri itu atas dakwaan tidak menunaikan janji dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12.

Tiada ulasan: