Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 18 November 2012

DEWAN ULAMA PAS SETUJU ANWAR DISISIH DARI MENJADI PM ATAS ALASAN AKLAK ,AKIDAH DAN DIA MENYOKONG LGBT..?


Perwakilan Dewan Ulama PAS, Hairun Nizam ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dan PAS sebulat suara menolak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atas alasan akhlak dan akidah. Sebaliknya, ahli-ahli PAS mahu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sebagai menjaga akhlak rakyat Malaysia agar tidak terlibat dalam gejala LGBT dan khalwat.
KESIMPULANNYA JELAS PADA SESIAPA YG MENYOKONG PKR DAN ANUAR HUKUMNYA HARAM KERANA JELAS MEREKA TAHU PERIBADI ANWAR BEGITU TETAPI MASIH MENYOKONGNYA

Melihat kepada jumlah ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia yang nyata lebih ramai daripada ahli-ahli PKR. Malah, lebih ramai berbanding ahli-ahli DAP. Oleh sebab itu, wajarlah perwakilan PAS mengangkat Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dan menolak Anwar Ibrahim secara mutlak.

Perkara ini telah dibangkitkan perwakilan Dewan Ulama PAS, Hairun Nizam ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar PAS Ke-58. Ternyata kenyataan ini memberikan ‘tamparan lelaki’ kepada Anwar Ibrahim yang sebelum diuar-uarkan sebagai calon Perdana Menteri ketika ucapan Lim Kit Siang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat sebelum ini.

Kenapa DAP mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM jika Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13? Apakah Anwar Ibrahim akan menjadi seperti Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dicucuk hidungnya? Diperintah hanya pada nama tetapi yang membuat keputusannya ialah DAP.

Atas sebab itu juga PAS tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Bukan saja LGBT akan berleluasa bahkan silap-silap Malaysia akan menjadi sebuah negara sekular yang menjadi tapak Kelab Malam dan Rumah Urut seperti yang berlaku di Selangor ketika ini.

Akhlak dan akidah menjadi keutamaan dalam pemilihan Perdana Menteri yang kini memihak kepada Abdul Hadi Awang. Malah itu jugalah yang ada pada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bersandarkan kepada kriteria itu, ternyata Anwar Ibrahim tidak harus tersenarai sebagai calon Perdana Menteri. 

Tiada ulasan: