Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 28 September 2012

SENARAI BAJET YG TELAH DIBENTANGKAN DS NAJIB TUN RAZAK CUKUP MENYENAGKAN HATI RAKYAT TAHNIAH PM

Pada petang tadi berlangsungnya bajet2013 yang disampaikan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak dan bajet pada kali ini kita dapat melihat kesungguhan Kerajaan membantu Rakyat tak kira dari golongan anak2 sekolah hinggake pesara kerajaan,jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan Barisan Nasional pada masaalah Rakyat dan ini banyak memberi impak yang positif bagi Barisan Nasional dalam PRU13 kerana saya melihat kali ini dibawah Kepimpinan DS Najib Tun Razak banyak perubahan positif berlaku sedikit sebanyak menambah keyakinan Rakyat untuk menyokong Barisan Nasional pada PRU13 ini.

Dengan wajah yang ceria DS Najib Tun Razak menyampaikan ucapannya pada ptg tadi menggambarkan yang beliau tahu apa yang Rakyat kehendaki telah beliau tunaikan walau pun ada ura2 yang mengatakan Rakyat merasa iri hati dengan layanan lebih yang diberikan pada pekerja sektor awam tapi ternyata ianya amat meleset kerana DS Najib benar-benar tidak memilih kasih pada pembentangan bajet 2013 kali ini saya selaku wakil kawan2 mungucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kami pada kepimpinan DS Najib Tun Razak dan barisan Nasional Kerana berjaya memacu Malaysia Dari negara berpendapatan rendah ke negara berpendapatan sederhana seterusnya terus memacu keNegara berpendapatan Tinggi insyaallah kita akan berjaya menjadikan Wawasan2020 satu kenyataan mudah-mudahan


Disini serba sedikit SAYA SERTAKAN rangkuman bajet yang begitu memberangsangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan mari kita lihat keperihatinan kerajaan berjanji dan menunaikan janji mereka bukan macam pihak pakatan rakyat yang berjanji tapi tidak pernah menunaikan dan menepati janji mereka

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan 

  •  Bonus satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam.

  •  Bonus RM500 untuk pesara kerajaan.

  •  Belia dengan pendapatan bulanan RM3000 ke bawah akan menerima rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

  •  100 Pusat Internet 1 Malaysia akan diwujudkan di kawasan yang sesuai.

  •  Pencen minimum pesara kerajaan yang berkhidmat 25 tahun ke atas dinaikkan kepada RM820 sebulan.

  •  RM50 juta untuk mencari emas Olimpik di Rio.

  •  Diskaun 50% tambang KTMB bagi semua rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

  • Semua pekerja berumur 45-55 tahun akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik2 yang akan diluluskan Perkeso.

  • Kerajaan akan bina 21000 buah rumah mesra rakyat.

  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

  •  Pencarum KWSP beragama Islam dibenarkan menggunakan simpanan dari akaun 2 untuk mencukupkan simpanan Tabung Haji tidak melebihi RM3000.

  • 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia ditambah di Sabah dan Sarawak.

  • Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara.
.
  •  Pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan RM100.

  • Pelajar universiti dan tingkatan 1 akan menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM250.

  •  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diteruskan untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan. BR1M juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000 sebulan.

  • Sebanyak 70 buah klinik 1 Malaysia lagi akan dibina di seluruh negara.

  •  Sesiapa yang membayar balik pinjaman PTPTN sepenuhnya dalam tempoh setahun mulai hari ini akan diberikan diskaun sebanyak 20%.

  •  Perlepasan cukai untuk anak2 yang belajar dari RM4000-6000.

Tiada ulasan: