Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 16 Ogos 2012

PAS HARUS BERTAUBAT !!!!







KUALA LUMPUR 16 Ogos – Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.
Mengulas mengenai perkara itu  pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.
Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.
“Bukankah semua telah nampak dan boleh lihat bagaimana konsistennya DAP termasuklah Karpal Singh berhubung penentangan terhadap hudud serta penubuhan negara Islam.  Justeru ada benarnya desakan Ustaz Nasharudin yang meminta Pas membuat pendirian jelas.
“Jangan masin tarik talilah…..Sepatutnya jika benar-benar Pas ada maruah, ‘tarik handbrake’ terus dalam pakatan pembangkang. Ini tidak… Pas lebih rela untuk menyerang, mengecam bekas pemimpin nombor duanya”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ustaz Jamil seterusnya menambah mungkin Ustaz Nasharudin tidak mahu ‘bersubahat’ dan terus merelakan parti itu terus menerus menjadi bahan kepada masyarakat umum yang melihat perjuangan ‘kluk-klek’ Pas.
“Apa yang ramai melihat Pas ketika ini adalah sekadar menjadi  ‘pak turut’…’ kuda tunggangan’…dan macam-macam gelaran lagi. Dan Ustaz Nasharudin merupakan orang yang ada integriti adn cukup berwibawa. Beliau tentunya ikhlas untuk melihat Pas terus maju ke hadapan.
“Namun lain pula jadinya….Saya cukup sedih dengan apa yang belaku di dalam Pas hari ini. Tidak mengenal sesiapa dan apa sahaja boleh terjadi. Apa pun ingatlah kita hanya merancang dan Allah s.w.t yang menentukan 


Tiada ulasan: