TELUK INTAN: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoal sokongan dan pendirian PAS terhadap calon Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menolak undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.'
“Kita hendak tanya PAS sekarang, adakah kamu (PAS) akan sokong calon DAP itu (Dyana Sofya pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan),” katanya pada majlis santai bersama belia di Kampung Padang Tembak di sini, semalam.
Beliau berkata tindakan PAS menyokong calon DAP itu yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan menunjukkan parti itu hanya bertopengkan Islam untuk menutup perjuangan sebenarnya terhadap kuasa dan kepentingan politik parti.
“Sekarang orang Melayu bertanding atas tiket DAP yang menolak hudud PAS, menjadikan PAS ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong,” katanya.
Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Dyana Sofya berikrar untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan.
Peguam muda itu dilaporkan berkata beliau akan berpegang pada ikrar itu jika dipilih mewakili Parlimen Teluk Intan.
Sementara itu, pada program Santai Minda di Kampung Sungai Kerawai di sini, Ahmad Shabery membidas PAS sebagai hanya memakai topeng Islam sedangkan hakikatnya ia bukan parti Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam di negara ini.
Beliau berkata PAS tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain sentiasa meracuni pemikiran dan memecahbelahkan rakyat terutamanya yang beragama Islam demi kepentingan politik mereka.
Menurutnya sehingga kini, PAS gagal melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan sedangkan Umno dan Barisan Nasional menerima pengiktirafan kerana menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan terbaik di dunia oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara-negara lain.
“PAS tidak dapat menerima hakikat itu kerana pemikiran politik mereka yang sempit,” katanya.Bukit Gelugor dan Teluk Intan, bakal menjadi medan pungutan suara parti DAP untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap cadangan pelaksanaan hudud oleh sekutunya Pas dan sekiranya Dap menang itu akan di jadikan penanda aras yg mana rakyat menolak Hudud
PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dicabar calon DAP Dyana Sofya. -awani
Setuasi di Teluk Intan dimana Dyana Sofea nampak nya terjerat dengan isu hudud dengan cuba memutar belit tentang Hudud bila menyatakan tidak AKAN menyokong undian untuk melaksanakan hudud jika di bentang di parlimen
Apabila niat asalnya didedah beliau mula menggelabah dengan menyatakan tidak tolak hudud namun tidak menyokong dengan tidak akan mengundi itu jelas membawa maksud yag sama Iaitu menolak Hudud JADI HANYA PENTAKSUB SAHAJA YG AKAN TERPEDAYA dengan jawapan Dyana sofea ini
Dan jika di takdirkan DAP menang di kedua dua kawasan ini ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud yang di bawa calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar
Calon Bebas PRK Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar menerusi kenyataannya seperti yang admin pm petik jelas menyatakkan akan terus memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada orang bukan Islam sepanjang siri kempennya sehingga hari pengundian 25 Mei ini.
Seperti biasa Pas telah mengarahkan ahli ahlinya mengundi calon Dap dan menampakkan perjuangan asal mereka telah tersasar jauh malah menampakkan slogan Hudud yang mereka mainkan selama ini hanyalah sebagai modal politik mereka sahaja
Jadi kita tunggu dan lihat bagaimana pula riaksi pengundi pengundi PRK akan datang adakah mereka terpengaruh dengan pemimpin mereka untuk memenangkan Dap atau lebih mementingkan Agama yang di persenda oleh pas dengan memaksa ahlinya menyokong Ramkarpal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan