Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Mei 2014

Ahmad Said perlu terima hakikat undur

SHAFIE APDALIPOH: Datuk Seri Ahmad Said perlu menerima hakikat dirinya perlu berundur sebagai Menteri Besar Terengganu berdasarkan persefahaman dengan Datuk Seri Najib Razak, kira-kira setahun lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata persefahaman itu memberi laluan kepada Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun pelantikan itu tidak dipersetujui segelintir pihak dalam UMNO negeri.
Persefahaman sudah pun dilakukan antara Perdana Menteri bersama Ahmad Said pada peringkat awal iaitu untuk membolehkan perlanjutan beliau (Ahmad) untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar di sini semalam.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas keputusan Ahmad serta dua lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari UMNO iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil Bebas.
Pertahan kedudukan BN
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula berkata kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu harus dipertahankan demi memelihara mandat yang diberi oleh rakyat kepada UMNO pada PRU lalu.
Katanya, UMNO khususnya UMNO Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud.-BH

Tiada ulasan: