Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 7 April 2014

Penculik hubungi keluarga

Esscom akan melancarkan operasi ke atas chalet di pusat peranginan sekitar Semporna dalam masa terdekat bagi memastikan tiada pekerja asing di kawasan Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone).

Mohammad berkata Esscom, yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah kekuatan aset di Semporna bagi mengawal keadaan di kawasan itu.

“Kita akan menambah kira-kira 30 peratus kekuatan aset kita yang membabitkan semua agensi dan digerakkan di perairan kawasan Semporna, namun kita tidak abaikan soal keselamatan di kawasan lain di Esszone,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam Rabu lalu, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh resort itu dan melarikan Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.

Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis menahan empat individu, termasuk tiga wanita, bagi membantu siasatan kes itu.

Kumpulan penjenayah yang menculik pelancong warga China, Gao Hua Yua, 29, telah menghubungi keluarga mangsa di China, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek.


Beliau berkata, keluarga mangsa terbabit dihubungi oleh kumpulan penculik tiga hari lalu.

“Kumpulan itu hanya membuat panggilan untuk memaklumkan mangsa selamat dan berada bersama mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohammad turut mengesahkan kumpulan penculik berkenaan adalah kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang (KFR).

Menurutnya, berdasarkan statistik tahun lalu, terdapat 76 kes culik membabitkan KFR di Filipina.

“Sebahagian daripada kes itu melibatkan penjualan mangsa kepada kumpulan culik yang lain,” katanya.
Catat Ulasan