Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

Pakatan akan kalah besar jika Pas laksana hudud – Kit Siang

lim_kit_siang4KUALA LUMPUR – DAP hari ini memberi kata dua kepada pemimpin pakatan pembangkang supaya menghalang Pas melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau berdepan kekalahan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, sejarah panjang pilihan raya di negara ini sudah membuktikan bahawa hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi.
“PAS dan PKR menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.
Kit Siang berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.
Katanya, walaupun “5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” tidak memasukkan hudud namun ia tidak menyebabkan PAS tewas di Terengganu.
“Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.
“Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sekiranya PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sebelum PRU13 lalu maka sokongan orang Melayu kepada PR akan berkurangan.
Katanya, jika sokongan orang Melayu dapat ditingkatkan maka ia sudah tentu digunakan oleh Umno dan BN.
Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah tetapi banyak perkara perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.
Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai,” kata Najib.
Beliau berkata kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya

Tiada ulasan: