Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 1 April 2014

ISU SAMAN FITNAH 2 JUTA ,PKR MUNGKIR JANJI PADA PAS LAGI !!! ?

Pkr-Mohd-Shamsul-Mat-Amin-Saman-Presiden-Pas-Hadi-Awang-Fitnah-Pil-Kuda-Dadah-Penagih-Pengedar-Sedih
Sebelum pilihan raya kecil DUN Kajang PKR kononnya memberi jaminan kes saman fitnah bernilai dua juta akan di selesaikan secara baik sesama pakatan dan di sini pm nampak pas khususnya HJ Hadi Awang dipermain-mainkan oleh PKR dalam isu ini
Dakwaan atas perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik tetapi perkembangan terbaru hari ini rupa-rupanya menunjukkan sebaliknya,jelas ini amat memalukan dalam pakatan dan jelas tiada kesepakatan berlaku dalam pemimpin2 mereka dan paling utama yg pm nak tanyakan pada pentaksub pakatan di mana laungan kononnya parti mereka merupakan gabungan kesepakatan sesama mereka hingga diberikan nama timangan PAKATAN RAKYAT
Dimana jelas Tahaluf Siyasi mereka sesama mereka jelas merugikan Pas dan yang paling utama pm nak cakapkan tak lain tak bukan Tahaluf Siyasi antara mereka banyak merugikan Islam dan hak hak bumiputra apabila Pas sering di ibaratkan melukut di tepi gantang di dalam jemaah pakatan
Mahkamah Tinggi semalam telah menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd. Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan.
Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi.
Johari seterusnya menambah jelas dan terang lagi bersuluh bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipermain-mainkan berhubung perkara berkenaan kerana berdasarkan apa yang diperkatakan sebelum PRK Kajang, ianya seolah-olah hampir selesai dan tidak diteruskan di peringkat seterusnya.
“Nampak jelas dalam situasi itu Pas dipermainkan sekutunya. Sewajarnyalah Pas melihat perkara ini dan mereka perlu ada maruah yang tersendiri dan bukannya dengan mudah diperkotak-katikkan dan jika pas masih tak sedar sedar dari ditipu malah melebihkan kuasa dari segalanya tidak mustahil lama kelamaan parti Pas ini akan pupus selamanya kerana Rakyat sudah bijak untuk menilai fakta serta sumber dan tidak mudah di perbodohkan dengan persepsi yang mereka cipta terutama dari segi memburuk burukkan Umno Barisan Nasional khususnya.
Sudahlah dalam rakan pakatan pun sekadar pelengkap gabungan pembangkang yakni melukut di tepi gantang ada tak ada sama sahaja,dan melalui  perkembangan terkini isu saman itu juga menunjukkan mereka sering di jadikan kuda tunggangan oleh rakan sekutu mereka
Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga.
Mohd Shamsul yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin Pas itu, menyifatkan pihak defendan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut tersebut walaupun telah membuka peluang kepada mereka sebelum ini.
Pssstt..Dimana maruah Pas yang selama ini menjual nama parti Islam jika dikatakan sewenang wenangnya bercakap sesuka hati memfitnah sesama mereka dan di manakah kesepakatan mereka dan paling utama pm nak katakan di mana maruah Pas sehinggakan perkara perkara seperti ini boleh terjadi.
Apa lagi kesimpulan dan pandangan yang boleh dibuat berhubung kes saman bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd. Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiada ulasan: