Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 21 Mac 2014

Operasi SAR MH370 diteruskan walaupun setelah 30 hari – Hishammuddin

Hishamuddin+Hussein+Search+Continues+Missing+l0g_-gAQSeSlSEPANG  – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tetap diteruskan walaupun selepas 30 hari, iaitu tempoh kotak hitam bertahan, kerana ada teknologi lain yang boleh digunakan untuk usaha itu.
Berdasarkan maklumat pasukan Perancis yang terlibat dalam pencarian pesawat Air France 447 yang mengambil masa dua tahun, beliau berkata ada teknologi yang boleh digunakan dalam operasi itu selepas 30 hari.
Beliau menegaskan bahawa pencarian pesawat itu adalah usaha yang berpanjangan.
“Kita akan teruskan, kita masih bersemangat untuk mencari dan menyelamat (pesawat itu),” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 di sini, hari ini.
Namun, beliau terus berharap dan berdoa agar dapat pesawat itu dapat ditemui sebelum tempoh 30 hari. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa menuju ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pada 12.41 pagi 8 Mac.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA

Tiada ulasan: