Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 10 Februari 2014

TERESA KOK MEROYAN ZAHID HAMIDI TIDAK MELAYAN PERTOLONGANNYA AKIBAT MENGHINA ISLAM ?

imagesKAJANG: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata tawaran ganjaran tunai untuk menampar beliau bukan satu ancaman.
“Sebagai seorang menteri, beliau meminta polis untuk tidak menyiasat kes itu. Saya rasa kecewa. Dia tidak tahu undang-undang, terutamanya Kanun Keseksaan.
“Saya ingin meminta Peguam Negara memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang Kanun Keseksaan.
“Sebagai seorang menteri, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat sama ada serius atau jenaka,” katanya sambil menambah ramai yang akan melihat sama ada polis menyiasat kes itu.
Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini, Ahad.
Dr Ahmad Zahid pada Sabtu mempersoalkan mengapa polis perlu menyiasat NGO Islam yang menawarkan ganjaran wang tunai untuk sesiapa sahaja yang berani menampar Teresa.
Beliau berkata, ia bukan satu ancaman apabila diminta mengulas mengenai ganjaran wang tunai yang ditawarkan oleh NGO berkenaan yang berkata video kontroversi Onederful Malaysia 2014 meniup kebencian kaum.
Ahmad Zahid berkata siasatan telah dimulakan terhadap Teresa untuk video kontroversi Tahun Baru Cina beliau dengan lebih 300 laporan polis yang dibuat terhadap beliau.
Teresa membuat laporan polis terhadap kumpulan yang menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang boleh menamparnya. Jumlah itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200. – mStar

Tiada ulasan: