Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 21 Januari 2014

Punca sebenar Anwar gagal masuk Jepun ?

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Tokyo kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun, kata seorang pegawai Imigresen Jepun.
Menurut pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
“Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu,” kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi pada Isnin Jadi jawapan sebenar hanya pihak berkuasa jepun sahaja yang mengetahuinya dan untuk makluman sahabat @pm semalam menteri bertanggung jawab menafikan sekeras kerasnya tuduhan anwar mengaitkan campor tangan Kerajaan kita.
Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.
Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.
Menerusi kenyataan pada Isnin, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.-Mstar
Pssstt... melalui tweeter Nga Kor ming juga cuba mengaitkan Umno semalam menampakkan kedengkilan pihak pembangkang yang sering membuat tuduhan tak berasas

Tiada ulasan: