Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 21 Januari 2014

PERPECAHAN DALAM PKR SELANGOR SEMAKIN PARAH ?AZMIN KEKAL DIPECAT ?



SHAH ALAM - Kedudukan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus menjadi tanya apabila timbul spekulasi bahawa penggugurannya adalah kekal walaupun kerajaan negeri sebelum ini membuat pengumuman sebaliknya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Azmin yang digugurkan jawatan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS pada 8 Januari lalu telah menerima sepucuk surat daripada PKNS yang menyatakan yang kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah telah dikembalikan berkuatkuasa 16 Januari lalu.
Namun, Azmin tampil dengan kenyataan mengelirukan apabila mendakwa beliau tidak perlu menghadiri mesyuarat lembaga pengarah PKNS pada jam 3 petang Isnin atas “arahan pejabat menteri besar.”
Lebih membingungkan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang akhbar khas berhubung isu ini telah memaklumkan bahawa PKNS dalam mesyuarat lembaganya membuat keputusan untuk mengekalkan arahan pengguguran Mohamed Azmin seperti yang diarahkan Pengurus Besarnya, Othman Omar pada 8 Januari lalu.
“Kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal (digugurkan) bagi mengelakkan sebarang komplikasi perundangan,” katanya.
Selain itu Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri turut membuat keputusan untuk menggugurkan Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek daripada perbadanan itu berkuat-kuasa Isnin sehingga siasatan dalaman mengenai kontroversi ini selesai.
“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS. Justeru setiausaha kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kedua-dua pegawai ini ditukarkan sementara ke ibu pejabat SUK bermula hari ini (Isnin),” ujarnya.
Tambah Abdul Khalid, antara perkara yang perlu disiasat ialah mengenai bagaimana surat pemecatan Mohamed Azmin dikeluarkan oleh Othman tanpa pengetahuannya selaku pengerusi PKNS.
Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Norita turut berkata, pengguguran Mohamed Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.
Tetapi kemudian pada Khamis, 16 Januari, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cuba campur tangan dengan mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa pengugguran jawatan Azmin itu adalah tidak sah dan menganggap yang Azmin masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Cakap-cakap politik sebelum ini mengatakan tindakan menggugurkan Azmin ada kaitan dengan usaha untuk mengurangkan pengaruh Ahli Parlimen Gombak itu menjelang pemilihan PKR tidak lama lagi.
Hubungan Azmin dan Khalid sering menjadi tumpuan sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu apabila kedua-duanya dikatakan tidak sebulu, dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kerusi Menteri Besar.
Azmin juga sering membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan Khalid termasuk dalam isu kenaikan gaji wakil rakyat negeri tersebut. 

Tiada ulasan: