Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 21 Januari 2014

Dap bersuara lagi !!!!Tak perlu tulis bangsa Melayu dalam Mykad

HANNA YEOHAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh mempersoalkan kenapa bangsa orang Melayu perlu dinyatakan dalam kad pengenalan (MyKad) sedangkan ia sesuatu yang tidak perlu tapi benarkah dekat Mykad ada tertera bangsa Melayu yang tertera adalah Islam dan jika hendak mempertikai status Islam yang tertera perkara ini Admin memang membangkang keras kenyataan ini.
Wakil rakyat DAP itu berkata, beliau tidak nampak keperluan untuk menerangkan bangsa seseorang di dalam kad pengenalan, hanya seseorang itu berbangsa Melayu.
“Tak ada orang halang kalau anda memilih untuk menjadi Melayu. Tapi ia tak perlu ada dalam IC (MyKad).
“Kalau jadi wakil rakyat, saya tak nak tahu bangsa anda. Saya nak tahu apa yang anda tahu untuk bantu kawasan itu,” katanya ketika menjawab soalan daripada salah seorang wakil peserta Forum Perpaduan dan Masa Depan Negara, hari ini.
Hannah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memberi contoh, jika ada pemimpin yang hendak dalam membantu rakyatnya, bangsa tidak menjadi soal dalam mengisi borang bantuan.
“Dalam borang itu tak penting bangsa anda apa. Bukan bangsa yang penting untuk kita bantu orang. Kandungan borang itu lebih penting supaya saya dapat tahu lebih lanjut apa masalah anda,” katanya.
Cuma nak ditegaskan disini Melayu itu adalah Islam di malaysia jadi jangan pertikaikannya kerana dengan adanya Melayu atau Islam di kad pengenalan banyak keperluannya termasuk hendak menjalankan operasi membenteras kesalahan melibatkan Agama seperti makan di bulan Puasa dan dengan adanya perkataan Islam memudahkan penguatkuasa agama mengambil tindakan susulan.
Catat Ulasan