Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 18 Januari 2014

Petronas salur bantuan untuk 21,000 keluarga

501ba2bf7c2814155132f281f81dc986_XLKEMAMAN – Petronas menyalurkan bantuan berjumlah RM5 juta kepada 21,000 keluarga mangsa banjir di Pantai Timur dengan fasa pertama bermula hari ini, kata Ketua Bahagian Komunikasi Strategiknya, Norliza Kamaruddin.
Beliau berkata pengagihan bantuan secara berperingkat yang dijangka selesai sebelum akhir Februari itu, diharap dapat meringankan beban penderitaan keluarga mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
“Ini juga adalah antara sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami kepada mangsa banjir yang terdapat di negeri tempat kami beroperasi khususnya di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
“Bantuan ini akan disalurkan kepada kira-kira 15,000 keluarga mangsa banjir di Kemaman dan 6,000 keluarga lagi di Kuantan, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Gajah dekat sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, Norliza turut menyerahkan replika cek bernilai RM3.4 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman.
Setiap keluarga mangsa banjir akan menerima satu set comforter dan baucar Petronas bernilai RM150 untuk membeli barangan dan keperluan di Kedai Mesra serta minyak di stesen Petronas.
Norliza berkata keluarga yang akan menerima bantuan ini adalah mereka yang mendaftar di pusat pemindahan banjir di daerah masing-masing.
“Petronas juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah berkaitan bagi memastikan bantuan tersebut disalurkan dengan teratur dan cekap,” katanya.
Selain sumbangan, Norliza berkata Petronas sebelum ini menerusi Pejabat Wilayah Pantai Timurnya turut menghantar sukarelawan yang terdiri dari kakitangannya untuk membantu mangsa banjir dan menyalurkan bantuan keperluan asas ke pusat-pusat pemindahan banjir di Kemaman ketika banjir gelombang pertama berlaku, Disember lepas.
“Petronas juga menghantar seramai 150 orang kakitangan sebagai sukarelawan untuk menjalankan aktiviti gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Gajah iaitu antara lokasi yang terjejas teruk dalam bencana banjir itu,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan: