Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 18 Januari 2014

ISU TUDUNG - MUDAHNYA MOHON MAAF DAN BEBAS

download (4)JOHOR BAHRU: Pengetua dan lembaga pengurusan sekolah yang mengarahkan seorang gurunya supaya membuka tudung telah membuat permohonan maaf.
Guru berkenaan, yang merupakan seorang mualaf berkhidmat di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi, di sini, diberitahu supaya membuka tudung dan mendakwa diancam oleh pengurusan sekolah pada minggu lepas.
Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama pada Jumaat, pengetua sekolah dan lembaga pengurusan sekolah telah memohon maaf dan menyesal dengan tindakan mereka.
Guru berkenaan menerima permohonan maaf itu dan berkata tidak mahu mengheret isu ini lagi dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada tugas beliau.
Dilaporkan bahawa guru itu telah dipindahkan sementara waktu ke sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi sementara Jabatan Pendidikan Johor menyiasat kes itu.-Mstar

Tiada ulasan: