Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 3 Januari 2014

PEMBANGKANG BIADAP HINA MUFTI PERAK

Mufti Perak berhujah berlandaskan pegangan Ahlus Sunnah Waljamaah seperti yang di papar dibawah tapi pembangkang berhujah atas dasar apa erk ? fikir fikir kan lah !!!!!!
Pembangkang tidak perlu mengeluarkan kata-kata biadab serta menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kalau tidak bersetuju dengan kenyataan ulama itu berhubung hukuman orang yang menyertai perhimpunan haram mengguling kerajaan.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, banyak cara lain boleh digunakan untuk menjawab pandangan berkenaan, bukan dengan memaki hamun.
Katanya, di mana akhlak mereka sebagai orang Islam ketika berbicara dan perlukah mengeluarkan kata-kata kesat serta sumpah seranah kepada alim ulama.
“Ini bukan ajaran dan budaya kita. Walaupun tak bersetuju dengan pandangan mufti itu, jangan sampai mengeluarkan kata-kata biadab, menghina dengan pelbagai gelaran dan memaki hamun dengan sumpah seranah.

“Usahlah mendabik dada kononnya perjuangkan Islam kalau prinsip akhlak Islam yang asas pun tidak diamalkan,” katanya mengulas kenyataan berbaur maki hamun daripada penyokong pembangkang kepada Harussani.

Dua hari lalu Harussani dilaporkan berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan ‘dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)’.
Sepatutnya kata beliau, semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.
Mufti itu turut membidas pembabitan pembangkang, khususnya Pas dalam perhimpunan haram malam tahun baru Selasa lalu, yang disifatkannya cuba berlagak alim, tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Dr. Asyraf Wajdi mengingatkan pihak berkenaan supaya takut kepada Allah yang akan mempertanggungjawabkan setiap perkataan dan perilaku mereka.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, pendakwah bebas, Prof Dr Muhaya Mohammad dilantik sebagai Felo Dakwah Yadim.

Watikah pelantikan itu diserahkan Dr Asyraf petang semalam di pejabat Yadim di Kompleks Pusat Islam di Kuala Lumpur.
Menurutnya, pelbagai program dakwah telah dibincangkan untuk dilaksanakan bermula tahun ini dengan agenda utamanya memfokuskan program pembangunan Keluarga Mithali.

Keterangan gambar: Dr Asyraf Wajdi menyerahkan watikah pelantikan sebagai Felo Dakwah Yadim kepada Prof Dr Muhaya.

NAMUN BAGI PANDANGAN ADMIN SEMEMANGNYA MUFTI PERAK BENAR BERLANDASKAN PEGANGAN AHLUS SUNNAH WALJAMAAH BERDASARKAN HUJAH di sini SERTA DI SINI

Tiada ulasan: