Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

MAIS pertahan JAIS rampas Bible bahasa Melayu

datuksetiamohamadadzibmohdisa











Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memutuskan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah minggu lepas selaras kuasa diberikan kepada agensi tersebut.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan itu adalah mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Menurutnya, ia juga satu pemeriksaan dan penyiasatan setelah menerima aduan orang ramai diperolehi berkaitan kegiatan penerbitan kitab Bible menggunakan kalimah Allah yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 enakmen sama. 

Tiada ulasan: