Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 4 Januari 2014

Keluarga mangsa kemalangan terharu MB bantu mangsa di tempat kejadian

mb terengganu bantu mangsaKUALA TERENGGANU – Keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Seri Bandi, di Kemaman melahirkan perasaan gembira dan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) yang membantu mangsa.
Adik mangsa, Mohd Hafizi Ismail, 21, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa mangsa, Mansor dan keluarga dibantu Menteri Besar melalui laporan berita televisyen dan akhbar semalam.
“Saya dapat tahu abang saya kemalangan dari kawan, bila saya pergi ke tempat kejadian, abang saya dah tiada, hanya tinggal kereta di situ.
“Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan…dalam kesibukan beliau (Menteri Besar) dengan jadual yang padat, masih sempat membantu rakyat yang kesusahan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kemaman di Kemaman semalam.
Akhbar hari ini melaporkan Ahmad yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian selepas menghadiri program penyampaian bantuan dana bakti remaja di Dewan Seri Bandi di Kemaman petang kelmarin, mengarahkan pemandunya berhenti sebaik melihat kemalangan itu.
Kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Perdana dengan Perodua Viva yang mengakibatkan pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan itu cedera, termasuk seorang tersepit dalam remukan Proton Perdana.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria berkata kemalangan itu membabitkan tujuh mangsa, termasuk seorang mangsa wanita yang parah dalam Perodua Viva.
“Ketika Ahmad tiba di lokasi, mangsa yang cedera belum dihantar ke hospital kerana menunggu ketibaan ambulans.
“Menyedari keadaan itu, beliau membenarkan keretanya diguna bagi menghantar mangsa ke Hospital Kemaman. Malah, beliau turut menahan beberapa kereta yang lalu di situ untuk menghantar semua mangsa yang cedera ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.
Rosli berkata Ahmad turut cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta, tetapi mangsa tidak dapat dikeluarkan berikutan keadaannya yang tersepit agak parah dan tidak putus-putus memberi semangat kepada mangsa untuk bertahan sehingga dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang dikejarkan ke lokasi.
“Selepas semua selesai, baru Ahmad bergegas ke majlis bersama masyarakat di Dewan Sivik Kijal dengan menumpang sebuah kenderaan lain yang menuju ke program sama,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan: