Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 31 Januari 2014

Video yang Pakatan Pembangkang tak mahu Rakyat Tahu



Video theresa menghina Melayu malah video ini
Kena removed pasal ramai yg deflagged di youtube. Hari ni dah dibuang dari youtube.

Penting video ini untuk tunjukan bukti cina dap racist terhadap melayu video ini panjang 10 Minit dan berbentuk mcm talk show, ada tiga panel.Dia kutuk Malaysia dari semua aspek kehidupan dan inikah perangai sbnr pemimpin Dap ?

Orang macam ini kah nak dilantik memimpin Melayu ?jawapannya tentulah Tidak sama sekali kan sahabat sahabat PM semua.

Dan yang paling hina.. mereka buat buat tanya kalau hidup susah sangat dan tak mampu nak sara hidup macam mana? Jawapan: sell chinese. Pastu ada perli Malaysia Boleh.

Pastu isu keselamatan. Dia hina pejuang lahad datu. Dia ada kata Malaysia negara yang menarik sebab negara ke 6 paling tak selamat di dunia, dan satu satunya di benua asia.

Kata di borneo malaysia ada tembak tembak,  menarik.. Sambik tiga tiga panel berlakon buat tangan angkat senapang, mulut buat bunyi bang bang bang bang.

Kurang ajar punya cina. Perli najib takut bini. Perli rosmah boros cincin sedang kan itu semua sah saf memfitnah 

Khamis, 30 Januari 2014

Rayuan Anwar: Shafee harap Mahkamah Persekutuan buat keputusan pada 11 Februari

shafee-abdullah-april24_400_267_100_400_267_100KUALA LUMPUR- Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata beliau berharap Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada hari yang sama iaitu 11 Februari, berhubung rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada tuduhan liwat.
Beliau berkata keputusan pada 11 Februari akan membolehkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar didengar pada 12 dan 13 Februari, tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.
Anwar, 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 Feb untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar untuk mengetepikan Muhammad Shafee apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes Selasa lepas.
Pelantikan Muhammad Shafee, seorang peguam terkenal, dibuat melalui kuasa Peguam Negara mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 20 Disember tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah mengikut undang-undang.
Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan liwat dengan menggunakan maklumat daripada perisytiharan berkanun yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim untuk menyokong permohonannya.
Permohonan pertama Anwar ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, dan berikutan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi turut ditolak. – Bernama

Datuk Seri Noh Haji Omar nafi buka akaun facebook papar posting mendabik dada

gambar noh palsuPakatan Pembangkang semakin kurang ajar dan seakan akan sudah kehabisan modal apabila mencipta akaun Facebook dengan menggunakan nama NohOmar untuk memaparkan posting yang boleh mengguris hati pemimpin dan umat Islam.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada beberapa sahabat yang menasihatkannya supaya tidak membuat posting yang mendabik dada.
Katanya, terkejut dengan teguran itu, beliau kemudian membuat carian akaun yang dikatakan menggunakan namanya dan mendapati akaun laman sosial facebook ‘Noh Omar’ itu bukan miliknya yang sah.
“Saya hanya ada satu laman sosial Twitter yang menggunakan nama akaun ‘nohomar’, bukan ‘Noh Omar’ sebagaimana yang terpapar dalam media sosial itu.
“Saya harap orang ramai tidak terpengaruh dengan kehadiran Facebook ‘Noh Omar’ kerana itu adalah akaun palsu yang sengaja dibuka oleh Penyokong pembangkang untuk memburuk-burukkan saya,” katanya.
Dalam akaun ‘Noh Omar’ itu dipaparkan posting, “Semua sibuk dengan PRK Kajang. Pada pandangan saya, semua ini adalah mainan politik… macam apa yang berlaku pada saya semalam. Sepatutnya saya berdebat dengan Khalid Samad…mungkin belliau takut dengan kehebatan saya… harap semua penyokong saya bersabar…dan jangan melalukan provokasi yang mendapatkan tumpahnya darah ini”.
Menurut Noh, facebook itu sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kenyataan yang dipaparkan itu ternyata bercanggah dengan pendiriannya.

#PRK-KAJANG - DUN Kajang helah Anwar untuk elak hukuman?

KUALA LUMPUR  - Pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu perancangan sistematik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang itu daripada hukuman tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan.
Perancangan itu dikatakan mirip peristiwa 26 Ogos 2008 apabila isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba-tiba mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding, kurang dua minggu sebelum beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan yang sama pada 7  Ogos 2008.
Untuk rekod, rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman mendakwa, beliau mendapat maklumat berhubung perkara itu daripada sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berdasarkan tindak-tanduk Anwar sebelum ini, perkara itu tidak mustahil berlaku.
anwar khalid gembiraIni kerana katanya, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah perkara biasa dan tidak memerlukan Anwar melakukan tindakan sangat drastik dengan mengarahkan pengosongan kerusi DUN Kajang sehingga membelakangkan pandangan sekutunya dalam Pas dan DAP.
“Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.
“Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau,” dakwanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kelmarin sekaligus menguatkan spekulasi bahawa Anwar akan bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil.
Pada pilihan raya umum lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Walaupun Anwar sebelum ini menafikan akan menjadi calon, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semalam mengumumkan Anwar akan bertanding sebagai calon PKR dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Anwar.
Akhbar itu turut memetik kenyataan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Noor yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukanlah sasaran utama Anwar, sebaliknya Ketua Pembangkang itu sedang merancang mempolitikkan kes liwat yang dihadapinya.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai ‘drama’ Anwar kerana Penasihat PKR itu cuba mengulangi episod yang sama dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.
“Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi ‘korban’ iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.
“Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau,” dakwanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.
“Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Rabu, 29 Januari 2014

PESANAN IKHLAS BUAT PENTAKSUB TEGAR DALAM POLITIK NEGARA

Sudah jadi trend pentaksub pakatan menyerang wall pemimpin yg dia rasa hebat demi kononnya nak jatuhkan pengaruh pemimpin tersebut, tidak terkecuali wall saya yg tak seberapa ni,pelik kenapa lah mereka ni asik masuk wall orang berhujah tanpa ada rasionalnya apa yang di ucapkan.

Namun saya masih berbangga sebab fitnah yg di bawa berjaya di jawab tapi pelik wall nik aziz bila diajukan soalan terus block saya heeeheee,sungguh memalukan bila membuat tuduhan di wall pemimpin pemimpin kita mereka berhujah menghina sana sini tapi tak dilampirkan bukti yg sahih terutama bab menggelar gelaran yg buruk pada pemimpin

Harus diingatkan pada rakan rakan dlm pas bahawasanya fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh dan menggelar sesuatu dengan panggilan yg buruk CONTOHNYA SEKARANG Pas tak kira besar kecik menghina pemimpin dengan gelaran Kangkong dan sebagainya walhal itu adalah satu perbuatan yg sangat dilarang agama.

Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, Dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim"Ayat 11 : Surah Hujrat

Jangan kita mengata orang lain sebab mungkin orang yang dikata tu lebih baik dari kita.... selalu ingat yang itu.. I always remind myself....

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"

Apakah krisis politik yang pernah berlaku di Perak pada 2009 akan berulang di Selangor?

Bolehkah Anwar yang bukan anak kelahiran Selangor menjawat jawatan itu memandangkan Undang-undang Tubuh Negeri hanya mengizinkan hanya anak jati Selangor boleh menjadi Menteri Besar? Jika itu benar, kerajaan PKR Selangor mempunyai kekuatan dua pertiga dan berupaya mengubah perlembagaan negeri dengan syarat menerima perkenan istana.
Jika usul meminda perlembagaan itu dilakukan ia memerlukan campur tangan istana, apakah akan berlaku jika ia tidak mendapat perkenan Sultan Selangor? Apakah krisis politik yang pernah berlaku di Perak pada 2009 akan berulang di Selangor?
khalid ibrahim, anwar ibrahimSemalam Anwar dilaporkan menafikan dengan keras spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dengan mengisi kerusi DUN Kajang yang kosong setelah ADUN PKR, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletak jawatan tanpa sebab semalam.
Namun, ketika ramalan-ramalan bertiup kencang, Anwar yang dikenali sebagai ‘spin master’, hari ini diumumkan sebagai calon untuk bertanding di DUN Kajang – pengumuman yang mengundang kritikan hebat bukan sahaja dari musuh politik, malah penganalisis yang melihatnya sebagai satu hipokrasi yang amat nyata.
Alasan Anwar ialah beliau tidak ada pilihan untuk bertanding selepas menerima konsensus dari ketiga-tiga parti komponen pembangkang – alasan dari skrip sama yang digunakannya 22 tahun lalu ketika mengetepikan Ghaffar Baba.
Perkembangan itu menguatkan lagi spekulasi Anwar akan mengisi kerusi Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu kelak.
Untuk rekod, Anwar kembali ke persada politik selepas dibebaskan dari penjara dengan mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan secara sengaja oleh isternya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2008.
Persoalannya, apakah ini satu lagi permainan politik yang dicatur Anwar? Adakah perseteruan politik antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanya satu sandiwara untuk menjayakan percaturan beliau kali ini?

Untuk rekod, Anwar kembali ke persada politik selepas dibebaskan dari penjara dengan mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan secara sengaja oleh isternya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2008.

Persoalannya, apakah ini satu lagi permainan politik yang dicatur Anwar? Adakah perseteruan politik antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanya satu sandiwara untuk menjayakan percaturan beliau kali ini? JELAS RAKYAT SERING DI BODOHKAN OLEH REJIM PAKATAN YG MENGUNDI MEREKA,Demokrasi jadi satu permainan mereka jelas pengosongan kerusi dun kajang satu pengkhianatan pada rakyat.

Pengosongan kerusi DUN Kajang satu pengkhianatan – Bersih 2.0

bersihKUALA LUMPUR – Selepas menerima kritikan terbuka dari Pas dan DAP, Parti Keadilan Rakyat terus menerima tekanan berhubung pengosongan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan tersebut dalam pilihan raya kecil.
Terbaru, Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) menyifatkan tindakan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa alasan kukuh adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan menegaskan, alasan perletakan jawatan Lee itu adalah demi kepentingan politik PKR dan mencerminkan pertimbangan yang lemah parti berkenaan.
“Peletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun,” kata gabungan itu dipetik portal mStar hari ini.
Menerusi kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah, gabungan itu turut melahirkan kekesalan kerana tindakan Lee mendapat restu PKR.
“Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti. Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk,” katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan Lee meletak jawatan dari kedudukannya pada Isnin secara tiba-tiba.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas 

Selasa, 28 Januari 2014

Senarai Rebat Diskaun Tol Sempena Tahun Baru Cina 2014

Senarai rebat diskaun tol sempena perayaan Tahun Baru Cina 2014. Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuhraya menawarkan rebat dan diskaun tol bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2014.  

Sebanyak 18 syarikat terbabit memberi diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus. Manakala, lima lebuhraya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus.
rebat tol tahun baru cina 2014
18 Lebuhraya Beri Diskaun Dari 5 hingga 37.5 Peratus
Rebat dan diskaun tol tersebut diberikan bagi kenderaan kelas 1 bagi tempoh 30 Januari hingga 2 Februari 2014.
  • SMART
  • AKLEH
  • GUTHRIE
  • LKSA
  • DUKE
  • SKVE
  • KLK
  • LPT1
  • NPE
  • MEX
  • NNKSB
  • Besraya
  • SDE
  • LDP
  • SPRINT
  • LEKAS
  •  BORR
5 Lebuhraya Diskaun Tol 20 Peratus
Rebat hanya layak kepada pengguna yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 29 Januari dan 4 Februari 2014.
  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • PDH
  • ELITE
  • KLBK
  • LINKEDUA

Isnin, 27 Januari 2014

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 Sebelas Full Online

Video Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11 sebelas secara full online. Maharaja Lawak Mega akan berlangsung pada jumaat 24 Januari 2014 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula pada jam 10 malam.

Tema persembahan pada Maharaja Lawak Mega minggu 11 adalah tema Karoot Komedia. Seramai 6 peserta akan berentap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke 11. Terdahulu, kumpulan Comey telah tersingkir pada minggu ke 10 setelah mendapat kedudukan undian paling rendah.
maharaja-lawak-mega-2013
Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 Sebelas Full Online anwar tak dapat nak jadi PM dikatakan nak jadi MB Selangor pula kalau sikap yang sebegini boleh ker kita angkat jadi MB huuuhuuu memalukan lawak siooottt....


Terkini Tambahan 250 polis dari Ipoh kawal gereja dan masjid di Pulau Pinang

Polis mengawal di hadapan Gereja Assumptions di Pulau Pinang bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Semalam kain rentang bertulis ‘Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah’ (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.
GEORGE TOWN-Tambahan 250 anggota polis dari Ipoh akan dihantar bagi mengawal gereja dan masjid di Pulau Pinang pagi ini selepas serangan bom “Molotov cocktail” di gereja, Church of the Assumption di George Town.
Gereja Katolik itu diserang selepas kain rentang kontroversi menggunakan kalimah Allah ditemui di luar gereja semalam, kata polis. Hanya satu bom yang berjaya meletup dan satu lagi tersasar.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.
“Kita sudah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
Beliau berkata polis sudah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 buah gereja di sekitar daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.

Setelah di Usir oleh Kerajaan Negeri pimpinan Khaled Ibrahim MARA cari lokasi baharu pindah GiatMara Selayang ?

imageKUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mencari kawasan baharu untuk memindahkan Pusat Latihan GiatMara Selayang susulan arahan mengosongkan tapak pusat itu oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.
Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata pihaknya berhasrat untuk mengekalkan kawasan itu jika diberi peluang sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun diwartakan kerajaan.
“Oleh kerana kita diberi tempoh setahun, kita perlu cari tempat untuk pindahlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat ibu pejabat MARA di sini, hari ini.
Pada 2 Disember lepas, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah menghantar surat arahan mengosongkan kawasan itu kepada pengurus Pusat Giatmara Selayang.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia mengkaji semula keputusan menutup Pusat GiatMara Selayang jika pengurusan pusat latihan kemahiran itu mematuhi syarat membaiki kemudahan dan operasi sedia ada.
Ibrahim berkata setakat ini, hanya 86 Pusat GiatMara di seluruh negara beroperasi di atas tapak dan premis milik Mara manakala 145 lagi masih beroperasi di bangunan yang disewa atau di kawasan terbiar yang dibangunkan.
“Program GiatMara ini masih relevan dan kita akan teruskan program ini bagi memberi latihan teknikal dan vokasional kepada masyarakat terutama anak muda untuk memajukan diri,” katanya.
Pusat GiatMara Selayang yang beroperasi sejak 1994, menawarkan program sijil pendawaian elekterik dan telah melahirkan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam bidang berkaitan.
Pada majlis itu, sebanyak 1,000 kakitangan MARA menyertai perarakan sempena seawal 8.30 pagi di Jalan Raja Laut, di sini.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid dan Rawi oleh kumpulan nasyid Far East serta alunan Qasidah oleh pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru, Selangor.
Turut diadakan Program Bicara Santai yang mengupas cara mendidik anak dari sudut pandangan Islam dikendalikan oleh Imam Muda Mohd Taufik Mohd Noh dan anggota panelnya terdiri daripada Ahmad Azam Abdul Rahman dan Nur Azlina Abdul Aziz, iaitu ibu bapa pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki Allahyarham Ahmad Ammar Azam.

ADUN Kajang letak jawatan, spekulasi penyingkiran Khalid makin bertiup kencang

downloadSHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR) pada Isnin meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang tadi.
Perkembangan itu sekaligus menguatkan lagi spekulasi akan berlaku pilihan raya kecil bagi memberi laluan terhadap penyelesaian krisis dalam PKR dengan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Jika benar, satu pilihanraya kecil mesti diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi ADUN.
Bagaimana pun, Anwar ketika bercakap kepada pemberita pagi ini menafikan spekulasi tersebut.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Gereja di Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri gara gara Kain rentang salah guna Kalimah Allah

41390800527_295x200Gereja Assumption di Lebuh Farquhar

Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang kontroversi mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) berdekatan gereja semalam.

PULAU PINANG: Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang dua biji bom buatan sendiri awal pagi ini, lapor The Star Online.
Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.
“Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.
“Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut,” katanya dipetik The Star Online.
Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang  mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.
Difahamkan wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.-AWANI

Bahang perkauman kerana Cina tolak konsep perkongsian, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir menganggap sokongan untuk Pakatan Rakyat sebagai menolak perkongsian kuasa politik antara kaum. - Gambar The Malaysian Insider, 27 Januari, 2014.
Dr Mahathir menganggap sokongan untuk Pakatan Rakyat sebagai menolak perkongsian kuasa politik antara kaum. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Januari, 2014.
KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan masyarakat Cina menolak konsep “perkongsian” dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu merupakan punca bahang perkauman di negara ini semakin tegang.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan pengundi kaum Cina sebagai punca Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah ketika ini.
“Melayu terpecah kepada tiga parti dan setiap daripadanya memerlukan sokongan Cina untuk menang.
“Cina memiliki undi penentu dan berada dalam kedudukan untuk memberi kemenangan kepada yang mereka percayai boleh membuang konsep perkongsian,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, kesempatan diambil pembangkang apabila menggunakan isu tersebut untuk meraih undi daripada kaum Cina pada pilihan raya tahun lalu.
“Slogan ‘Ini Kali lah’ yang digunakan sebagai isyarat kuasa politik boleh dirampas daripada BN dan pembangkang boleh membentuk kerajaan.
“Kerajaan pembangkang ini akan mengabaikan prinsip perkongsian,” kata Dr Mahathir lagi.
Menurutnya, ramai bukan Melayu yang menyokong BN sebelum ini terpedaya dengan helah pembangkang tersebut.
“Ramai penyokong bukan Melayu parti komponen BN yakin bahawa dengan menarik balik sokongan mereka, BN akan tewas, begitu juga idea perkongsian kuasa politik dan ekonomi antara kaum,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahathir menyalahkan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah sebagai punca konflik antara kaum semakin hangat.
“Mengambil kesempatan liberalisasi dan kerajaan BN yang lemah, konflik antara kaum semakin tegang.
“Keadaan di Malaysia tidak setegang ini sebelumnya,” kata Dr Mahathir lagi, sambil menggesa semua masyarakat di Malaysia membuang pemikiran konsep dominasi kaum supaya dapat hidup tanpa sengketa.
“Rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina dan India atau penduduk asal Sabah dan Sarawak mestilah buang konsep dominasi kaum daripada pemikiran.
“Negara ini perlulah dikongsi dan dikongsi secara adil semua kaum,” katanya.
BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak buat kali pertama dalam sejarahnya hilang undi popular pada pilihan raya ke-13 tahun lalu, dan pengundi masyarakat Cina telah disalahkan oleh pemimpin Umno sebagai punca utama prestasi buruk tersebut.
Najib sendiri, dalam ucapan selepas pengumuman keputusan pilihan raya, telah menggunakan istilah “tsunami Cina” sebagai punca gagal memperoleh majoriti dua pertiga, dan cuma memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. – TMI

Anwar ganti Khalid jadi MB Selangor?

anwar khalidPETALING JAYA – Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin mencapai kemuncaknya apabila timbul cakap-cakap bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan sudah bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dilaporkan akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut-sebut akan menggantikan beliau.
Portal mStar memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Abdul Khalid dijangka mengumumkan keputusan mengejutkan itu pada Rabu ini.
Jika laporan itu benar, ini bermakna, satu pilihan raya kecil dijangka perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Kemelut dalam PKR Selangor bermula apabila Abdul Khalid dikatakan menjadi dalang sebalik penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.
Ekoran kontroversi itu, ada dakwaan yang mengatakan wujud cubaan untuk mengurangkan pengaruh Mohamed Azmin menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Namun, kem Khalid pula mendakwa, kontroversi itu sengaja diatur untuk mengurangkan populariti beliau beliau yang dijangka mencabar kedudukan Mohamed Azmin pada pemilihan parti tersebut tidak lagi.

Syarikat kontraktor lebuhraya rakyat saman Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

imageKOTA BHARU – Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.
DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.
Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.
DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.
Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.
Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.
DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.
Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
“Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung,” kata DHI dalam satu kenyataan.
Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. – Bernama

Ahad, 26 Januari 2014

KENAPA MURTAD MASUK KRISTIAN ?. NAHUZUBILLAH !!!

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorg India Muslim & mak saya org Banting, Selangor.
!
Bapa saya telah pulang ke India & emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama2 Kawan2 tetapi gagal. !
Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dgn seorg paderi bernama Father Chong.
(Terkenal di johor bahru)
!
Kami diberi :-
layanan istimewa,
tempat tinggal,
makan, minum
&
tinggal selama 2 tahun.
!
Kami diajar sembahyang dlm bahasa Inggeris.
!
Pada 1974, saya telah bertemu dgn seorg paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya.
!
Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jln Gasing & dibina khas utk org Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .
!
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk:-
sembahyang org mati,
talkinkan org
&
macam-macam lagi dlm Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dgn Ibu Tien Suharto yg menjadi :-
Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia
&
Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.
!
Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dlm bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia kerana terdapat org Malaysia, Singapura & org Filipina.
!
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah:-
dibayar $60.00 sehari,
kenderaan percuma,
seramai 6 orang.
!
Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz org Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.
!
Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja & memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore.
!
Saya, ketua dakwah bersama 6 org kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit
RM$1,400.00, bersama 2 org kawan & sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar2 & pemuda2 Negeri Perak.
!
Pada bulan Januari tahun lepas saya berasa tak tenteram & telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh & Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak & En Azlan, Pengarah Jabatan Agama & saya terus bertaubat.
!
Jumlah Kristian seramai 3,000 org telah dikristiankan, terutama penduduk :-
Negeri Perak
Manjoi dan Rapat Setia (Perak)
&
Johor Bahru.
!
Senang untuk mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). &
Perempuan - Berbaju putih skirt hitam & reben hitam.
Lokasi:-
Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya & Sg Wang Plaza.
!
Cara-cara berdakwah:
!
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan :-
belanja makan apa saja,
mempelawa tempat tinggal
(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dgn kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dgn diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).
!
Istaqfirullah
!
Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap & mendengar azan macam menutup telinga, hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk org Islam sahaja.
!
Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina & Singapura.
!
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang & Senawang).
!
Senawang terlibat seramai 200 org, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat &
Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dgn Kristian.
!
Sekolah yg paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 org telah Kristian.
susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri & datuk-datuk.
!
Di Ipoh :-
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 org .
Sekolah teknik seorg pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, !
Bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
!
Di Banting
Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorg guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari)
En Salleh Omar yg menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.
!
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
!
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
!
En Salleh telah dapat menarik  300-400 org masuk Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak(walau pun dah beragama kristian secara rahsia)
!
Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad.
Pairin Ketingan adalah penaungnya
&
saya sebagai timbalan padri itu.
!
Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam & bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
!
Target Kristian:
Pemuda yg tidak faham agama, ada yg tidak tahu Fatihah.
!
Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,
Kedah,
Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
!
Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
!
Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
!
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
!
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yg menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat & mereka ada lesen.
!
Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Berkata, dakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasukI Kristian iaitu,
Kelantan,
Kedah
&
Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
!
> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
!
"Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu & mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Ny na,  maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar." (Surah Al- Ahzab:71)
!
#copypaste#
!
#ya Allah...tetapkanlah hati kami agar tidak terpesong ke jalan yang salah...ALLAH TUHANKU,,ISLAM DIHATIKU

gereja assumption lebuh faquhar dan dpn stesen bas gereja st burito, pulau tikus..


Sabtu, 25 Januari 2014

Video Temuramah yang Anwar Ibrahim suka tengok ?

Video yang anwar suka tengok hikhikhik...lawak Autaman....ohhh Autaman kuat sangat memutar alam haaahaaaaa...


15 gambar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Ucapan terima kasih diatas kunjungan Dato Sri Noh Omar ke kawasan Seri setia dalam program Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh: 24/01/2014
Masa: 7.30 - 9.30 malam
Tempat : Surau Al-ikhlasiah Taman Desa Ria fasa 5A
Anjuran : UMNO Bahagian Kelana Jaya.
VIP :
1. Dato Sri Noh Omar
2. Datuk Yusuf Bin Hanif
3. Datuk Abdul Halim Samad

Tantetif Program :
1. Solat Magrib Berjemaah
2. Bacaan Doa Tahlil dan Doa Selamat dan  Ceramah Maulidur Rasul oleh us rosdi long
3. Solat isyak Berjemaah

Ucapan terima kasih diatas kunjungan Dato Sri Noh Omar ke kawasan Seri setia dalam program Sambutan Maulidur Rasul

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan


"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan


Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. 


Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka.

Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. 

Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 


Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir.

Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya? Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah.

Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. 


Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya.

Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. 

Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat.

Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. 

Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. 


Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. 

Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. 


Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. 

Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  


Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
















Tuan Guru Harun Taib meninggal dunia


Tuan Guru Harun Taib Kembali ke Rahmatullah jam12 tadi. Innalillah..al-fatihah...semoga Rohnya di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman Amin....

Walaupun kita berbeza pandangan dari segi politik tetapi diatas tali persaudaraan sesama Islam marilah kita bersama sama mendoakan keatas jenazah Beliau






Harun Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri

71390554031_295x200KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.
Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.-AWANI
Harun Din stabil di IJN
Hadi melawat Harun Taib

Jumaat, 24 Januari 2014

YB yang berhati mulia namun di lupakan jasanya gara gara taksub

Mereka dihina,mereka di caci oleh sebilangan golongan yang digelar kaki pembangkang yang kerjanya hanya membangkang walaupun perkarA yang di lakukan itu betul tetap juga membangkang dan cuba di buruk buruk kan

Jom ikut admin melihat kisah seorang YB yang berhati mulia seperti yang di ceritakan sahabat seperjuangan Maya Admin @ pm di dalam Brotherhood.

Pagi tadi, terdapat seorang makcik yang sedang duduk bersila tengah jalan dihadapan Klinik Kesihatan Jabi. Keadaan ini membahayakan diri beliau dan pengguna jalanraya yang lain.

Namun, YB Iskandar (ADUN JABI) yang kebetulan lalu untuk ke Program Dana Bantuan Sekolah telah memberhentikan kereta dan menghampiri makcik tersebut dan memujuk beliau untuk naik ke keretanya.

Setelah dipujuk, akhirnya makcik tersebut telah bersetuju untuk naik ke kereta dan YB Iskandar telah menghantar makcik tersebut ke rumah Pengerusi JKKK berdekatan kerana beliau terpaksa ke Program terlebih dahulu.

Apabila disiasat tentang asal usulnya, makcik tersebut tidak mampu memberitahu dengan jelas kat mana rumahnya.

Akhirnya, pihak YB Iskandar telah meletakkan gambar makcik tersebut didalam Facebooknya dan akhirnya ada kenalan makcik tersebut telah menyatakan lokasi rumah sebenar mak cik tersebut.

Makcik tersebut telah berjaya dihantar ke rumahnya dan akhirnya YB Iskandar telah sendiri menjenguk keadaan makcik di rumahnya di Kg Pengkalan kubur Tembila.

Alhamdulillah, sesungguhnya rakyat DUN Jabi telah memilih YB yang betul, tepat dan sangat rendah diri orangnya.

*** Tertanya2 dan rasa heran bila pihak PAS sentiasa gambarkan yang tak baik tentang pemimpin UMNO seperti sangat zalim dan jahil. Tapi pihak UMNO terus istiqamah dalam perjuangan membela rakyat dan yakin rakyat bijak menilai.