Adakah salah satu kenyataan ibdil yang mahu mengurangkan 50% hingga 60% Politik dalam penggunaan Media Baru dalam politik UMNO BN satu tindakan yang bijak ?
Sejak dua tiga hari ini dah heboh isu ini dimainkan dan hangat dan menjadi perbualan para pengamal media masakini terutama media siber pro kerajaan dan menambah kekosongan itu perlu diisi dengan 'lifestyle' dan membantu rakyat.
Apa tuujuan mengurangkan politik dalam medan tempur politik ibarat mengajar Tentera cyber supaya mengurangkan budaya perang dan menambah supaya 'lifestyle' dalam taktik peperangan cyber tersebut dan kenyataan Ibdillah itu adalah satu kenyataan yang paling memalukan UMNO BN.
Pemuda UMNO seharusnya mencari jalan untuk memperkuat taktik dan propaganda untuk menangkis tomahan dan persepsi negatif yang dibawa pembangkang dan bukannya mengajar supaya berpoya poya sangat di FB mahu pun Blog
Tahun 2011 dahulu pernah bergema dalam dewan dengan sorakan dan tepukan apabila diumumkan oleh Dato Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO dan diiktiraf oleh Perdana Menteri sebagai Presiden UMNO bahawa manusia-manusia yang ada di dalam dewan ketika itu adalah "Pejuang Maya atau Askar Kerajaan Maya" yang pertama diiktiraf oleh UMNO sepertimana kerajaan mengiktiraf peranan Askar Melayu dalam mempertahankan negara.
Malangnya hari ini dalam tahun hujung 2013 satu umat yang dilantik sebagai salah satu Ketua Askar Maya telah mencemarkan pengiktirafan itu dengan memasukkan satu taktik baru dalam perperangan iaitu "LIFESTYLE" .
Untuk mengelakkan fitnah.. korang tengok Video ini dan dengar sendiri kenyataan "CHAIRMAN" ini untuk masa depan Tentera Maya Kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan