Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 30 Disember 2013

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Dimalukan Penduduk Tempatan Kuching


Demonstrasi yang dikatakan cuba dirancang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) nampaknya juga gagal menarik penyertaan penduduk tempatan.
Polis lengkap berpakaian seragam dan preman kelihatan berkawal di pintu masuk kediaman Ketua Menteri bagi memantau keadaan demonstrasi yang dikatakan ingin memaksa Taib meletak jawatan.
Pada masa sama polis turut mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Demak di dua lokasi berhampiran kediaman Ketua Menteri dan memeriksa hampir semua kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis sejak Jumaat lepas yang bertujuan membantah rancangan tersebut.
Antaranya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS), Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu (ADAB) Sarawak, PEJASA serta beberapa persatuan bekas polis dan tentera.
Laporan polis dibuat selepas tersebarnya khabar mengatakan demonstrasi itu akan diadakan semalam menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan Internet.
Malah pada petang semalam, Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) seakan-akan mengukuhkan khabar itu. Bagaimanapun Chegu Bard menafikan akan menganjurkan demonstrasi itu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Idris Buang berkata beliau kesal dengan wujudnya rancangan pihak tersebut yang meminta Taib meletak jawatan.
Menurutnya Taib telah dipilih menerusi proses demokrasi yang sah menerusi pilihan raya dan tidak wajar ada bantahan terhadap kedudukan beliau dalam kerajaan.
Pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam beliau berkata kegagalan demonstrasi yang dirancang Chegu Bard menunjukkan rakyat Sarawak menolak budaya demonstrasi jalanan.
Rancangan seperti itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir, ujarnya.
“Kami tidak akan membiarkan sesiapa sahaja termasuk penyangak politik mengapa-apakan Presiden PBB (Taib).
“Pemilihan Taib sebagai Ketua Menteri bukan secara tipu sebaliknya secara sebulat suara oleh pengundi,” katanya.THEBORNEO.BLOGSPOT

Tiada ulasan: