Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

RM49j rebat Touch 'n Go tidak dituntut pengguna

Hairan jugak Admin @pm baca berita ini sebentar tadi ,yerla dalam kita sibuk berbicara tentang kenaikan tol yang rata ratanya membantah kenaikan tersebut rupa rupanya masih ramai lagi yang tidak menuntut ribet berjumlah 49 juta Ringgit ini,ini menunjukkan yang mereka ni bagaikan sudah banyak duit dan tak kisah tentang kerugian dari tidak menuntut ribet tersebut jadi kalau pun naik dua tiga posen tu apa yang mereka hairankan kot

Pada sahabat sahabat yang banyak mengoplain Kerajaan tu berkenaan kenaikan tol tu eloklah sama sama menghentam kenaikan harga barang serta cukai yg lain dari PR Selangor juga kerana mereka kelihatan lebih sudu dari kuah haaahaaaa dan pada yg belum menuntut rebet tu cuba cuba check dan ambil la rebet tu kerana jumlah itu terlalu banyak jgn asik sibuk berungut tol naik tapi rebet ni hangus begitu sahaja akibat tidak di tuntut.

SHAH ALAM - Apakah anda salah seorang daripada pengguna kemudahan Touch 'n Go?


Kalau jawapannya 'ya', apakah anda pernah menebus rebat daripada pihak berkaitan sejak tawaran itu diperkenalkan di seluruh negara lima tahun lalu?

Kaji selidik yang dibuat Sinar Harian menunjukkan ramai dalam kalangan pengguna kemudahan Touch 'n Go tidak sedar wujudnya tawaran rebat ini dan kalau ada yang sedar pun, mereka tidak menebus rebat itu kerana berpendapat prosesnya rumit.

Apa yang mengejutkan adalah, lebih RM49 juta wang rebat masih belum dituntut pengguna lebuh raya yang mengguna Touch 'n Go.

Jumlah RM49 juta itu sebenarnya adalah anggaran konservatif, yang dikira berdasarkan tuntutan purata RM10 untuk sebahagian besar daripada kira-kira lima juta pemegang Touch 'n Go.

Menurut sumber, ada 100,000 pengguna yang pernah membuat tuntutan tetapi hanya 70,000 yang membuat tuntutan secara konsisten.

Kiraan itu berdasarkan rebat 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung.

Rebat itu termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

Tawaran itu diperkenalkan pada 1 September 2009.

Pada tahun itu sahaja, kerajaan memperuntukkan RM61 juta sebagai hadiah rebat kepada 85,000 pengguna kad Touch 'n Go.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas mengenai peruntukan rebat untuk tahun-tahun seterusnya, tetapi dipercayai jumlah itu terus meningkat dari tahun ke tahun disebabkan pengguna aktif Touch 'n Go kini mencecah kira-kira lima juta.

Masih ramai dalam kalangan pengguna kad prabayar ini tidak mengetahui mengenai tawaran rebat itu kerana kurangnya promosi iklan.

Ada juga dalam kalangan pengguna merungut mengenai syarat kelayakan tuntutan, iaitu mesti tidak kurang daripada 80 kali penggunaan kad setiap bulan.

Tidak kurang juga yang mengeluh rumit membuat tuntutan kerana kaunter yang disediakan agak terhad.


-SH
Catat Ulasan