Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 12 April 2013

BUKTI TONY PUA KIAM WEE KATA JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH KAKITANGAN AWAM AKAN DIKURANGKAN SEPARUH DALAM SETIAP TAHUN IKUT PERINGKAT


Pakatan Rakyat Akan Kurangkan 1.4 Juta Penjawat Awam Termasuk (40,558 Kakitangan JPM RM5.74 bilion)!


HTTP://PENDEKARMELAYU-PEJUANGBANGSA.BLOGSPOT.COM
Akhbar SinChew Daily
Jumlah keseluruhan kakitangan awam setakat di Malaysia setakat ini berjumlah 1.4 juta kakitangan awam yang berkhidmat untuk 27 juta rakyat Malaysia. Ramai yang mengimpikan terutamanya golongan muda untuk menyertai pasukan di sektor awam. Termasuklah…70,000 golongan siswazah yang menganggur dan masih lagi berkeliaran di luar sana tercari-cari peluang pekerjaan. Sedangkan….
Sedangkan apa yang berlaku sekarang ini, ada sesetengah golongan veteran di sektor awam begitu liat untuk meninggalkan kerusi panasnya sebagai kakitangan awam sehingga menutup terus peluang golongan muda untuk menyertai sektor awam. Begitulah senario yang berlaku hari ini.

Pakatan Rakyat Sektor Awam

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam

  1. Sektor pendidikan = 400,000 Guru
  2. Sektor pertahanan = 300,000 Askar
  3. Sektor keselamatan = 100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3)
  4. Sektor kesihatan = 50,000 Doktor + Jururawat
Jadi di bahagian mana & bagaimana  Pakatan Rakyat mahu mengurangkan saiz penjawat awam yang telah sedia ada ketika ini?
  1. Kita biasa mendengar ada kakitangan awam yang begitu beriya-iya mahu meletak jawatan di sektor awam tetapi masih lagi tidak mendengar khabar berita sehingga berbulan-bulan lamanya
  2. Kita biasa mendengar anak sidang yang masuk “ikut pintu belakang” dan apabila diberikan peluang, kerap kali kerusinya kosong di pejabat. Tetapi hayatnya di sektor awam sedikit pun tidak terjejas.
  3. Di sekolah contohnya, ada yang didakwa merogol anak murid sendiri, ada yang pernah ditangkap khalwat dengan anak murid juga. Apa tindakan yang diambil? Pindah sekolah sahaja. Pindah sekolah? Ya……
  4. Dan macam-macam lagilah yang cerita dan kes yang kedengaran…
Kakitangan awam acapkali dikaitkan dengan perlakukan yang negatif seperti :
  1. lembap, tidak produktif
  2. korupsi, memberi rasuah, serta menerima suapan
  3. melakukan pekerjaan sambilan di dalam waktu pejabat
  4. curi tulang, makan gaji buta, ponteng kerja,  sijil cuti sakit palsu
  5. perkhidmatan awam dianggap sebagai lubuk emas kelompok yang mencari keselamatan kerjaya dan kewangan menerusi jalan mudah.
Persoalannya adakah majoriti kakitanagn awam terus sebegitu rupa. Tidak….tidak sama sekali. Malah masih ramai yang kami percaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
Masalahnya….golongan minoriti yang seringkali membawa masalah inilah yang telah memberikan imej yang kurang baik kepada sektor awam.

Nisbah Penjawat Awam Kepada Penduduk Malaysia

  1. Hong Kong (2.3%)
  2. Singapura (1.5%)
  3. Malaysia (4.68)
  4. Indonesia  (1.79%
  5. Thailand (2.06%)
  6. Korea Selatan (1.85%)
  7. Taiwan (2.3%)
Sebenarnya apa yang boleh kami katakan setakat ini, pengurangan penjawat awam tidak bermakna penyingkaran. Ia dua terma yang berbeza. Ini kerana jikalau sudah ada pelantikan jawatan, penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali untuk dipecat disebabkan hanya mahu menjadikan saiz penjawat awan menjadi separuh bilangan semata.


Pakatan Rakyat Penjawat Awam
KLIK KANAN UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Jikalau sebelum ini DAP pernah menyuarakan hasrat mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia melalui laporan berita daripasa Sin Chew Daily. Kali ini Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan yang mereka akan mengurangkan saz penjawat awam di Malaysia andaikata mereka berjaya memerintah Malaysia :
Sumber : Blog Anwar ibrahim
Anwar Ibrahim Kakitangan KerajaanSemakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012. [5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.
Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.
Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untukmeminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.
SUMBER BERITA SEMASA.COM MEDIA PRO PEMBANGKANG

Tiada ulasan: