Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

Pembaziran boleh dielak jika Laporan Ketua Audit Negara diambil serius – Tun M

KUALA LUMPUR: Pendapatan negara boleh ditingkatkan jika Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan diambil serius oleh kerajaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Dr Mahathir berkata, kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak mengambil berat tentang pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan mereka.
Menurut beliau, setiap tahun laporan tersebut memaklumkan tentang pembaziran yang dilakukan menerusi prosedur yang tidak betul serta kecuaian, namun katanya tidak banyak perubahan yang dilakukan serta dimanfaatkan daripada kritikan Ketua Audit Negara itu.
Kata Dr Mahathir, meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang kian meningkat, kerajaan boleh mengamalkan konsep menurunkan kos dengan mengurangkan pembaziran.
Menurut Dr Mahathir, keadaannya sama seperti sesebuah perniagaan yang sedang berhadapan dengan persaingan, di mana ia boleh memilih samada untuk menaikkan harga atau mengurangkan kos.
“Sedikit sebanyak harga boleh ditingkatkan. Ini mungkin menyebabkan pengurangan dalam jualan dan juga keuntungan.
“(Namun) Ia adalah jauh lebih baik untuk mengurangkan kos dan mengekalkan atau mengurangkan kenaikan harga,” kata beliau dalam artikel di blognya Che Det, hari ini.
Katanya apabila sesebuah perniagaan mempraktikkan penurunan kos, ia membolehkan penelitian semua perkara yang menyumbang kepada kos perjalanan perniagaan, dilakukan.
Jelas Dr Mahathir, tindakan itu turut mengkaji kecekapan proses, kos bahan, pengurangan pembaziran, kelajuan serta jumlah pengeluaran dan biasanya beberapa kos boleh dikurangkan.
“Perkara yang sama boleh dilakukan oleh kerajaan. Semua kosnya boleh dikaji untuk menentukan yang mana betul-betul perlu, kos mana yang boleh dikurangkan, perkhidmatan mana yang boleh disekat atau diubahsuai dan lain-lain,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir turut menyentuh tentang kesan kenaikan cukai yang pada pendapatnya perlu dikaji secara teliti.
Katanya, perlu diingatkan bahawa kenaikan cukai menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, pengurangan profit serta pengurangkan cukai korporat bagi keuntungan oleh kerajaan.
Ujar beliau, rakyat perlu mencari wang bagi membiayai kenaikan cukai tersebut, di mana adalah lebih mudah jika peratusnya rendah atau dijarakkan pada jangka waktu yang lebih lama.
Soal Dr Mahathir, jika peratus kenaikannya perlu, tidak bolehkah ia diperkenalkan secara berperingkat seperti 6 peratus setahun untuk tiga tahun atau lebih?
“Ia tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan malah ia mampu mewujudkan sangkaan yang baik dari rakyat. Mereka juga mungkin akan mengingatkannya pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Bagaimaanapun tambah beliau, rakyat mesti menerima hakikat bahawa semakin masa beredar, semakin banyak wang diperlukan oleh kerajaan.
Namun, soalnya perlukah kenaikan tersebut sebesar yang dikatakan oleh kerajaan, serta perlukah cukai dan kadar diperkenalkan pada masa yang sama.
Catat Ulasan