Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

Blog hiburan beautifulnara di beri amaran oleh Shila Amzah ?


Cerita percintaan pasangan kekasih Johan Asari dan Lana Nordin yang diumumkan putus ditengah jalan, nama Shila Amzah masih juga dikaitkan dengan pelakon lelaki itu.
Bagaimanapun, Shila yang juga pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memberi amaran kepada sebuah portal berita hiburan yang mengaitkan namanya dengan pasangan kontoversi tersebut.
Menerusi akaun twitternya, Shila berkata :
“Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.
“…sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis.
“Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya…jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham,” tegasnya.
Terbaru, mengikut laporan portal hiburan dalam artikel berjudul Johan Asari dan Lana Nordin putus cinta, penulis telah menyatakan :
“Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?.
“Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?,” tulisnya.
Sebelum ini, mengikut laporan media, selepas cinta Shila berakhir dengan pelakon Sharnaz Ahmad, Shila telah memuat naik video yang menunjukkan beliau menyanyi lagu Ombak Rindu.
Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.
“Shila, ok ok. Mana ada fitnah pun. Cakap ‘berbunga hati’ saja kot. Maaf ya,” tulisnya dalam akaun twitternya.
Catat Ulasan