Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 30 Disember 2013

Miri dan Mukah putus hubungan akibat tanah runtuh

KUCHING – Beberapa kawasan di Miri dan Mukah kini terputus hubungan jalan raya akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan sejak hampir seminggu.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Alfred Jabu (gambar) berkata kejadian tanah runtuh itu turut menjejaskan perhubungan darat antara daerah kecil Bakong dan bandar raya Miri.
Kerja-kerja memulihkan jalan raya yang terjejas sedang dilaksana, kata Jabu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana negeri, di Kuching, hari ini.
Katanya keadaan hujan lebat yang berterusan itu juga menyebabkan air sungai Batang Baram di Miri dan Batang Kemena di Bintulu melimpahi tebing dan membanjiri kawasan rendah.
“Jawatankuasa ini melalui jabatan dan agensi yang terlibat telah menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan media jawatankuasa berkenaan yang diedar kepada media kemudian menyatakan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.
Daripada jumlah itu, 222 orang di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, masing-masing daerah kecil di Miri. – Bernama
Catat Ulasan