Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

Langkah “Tidak Popular“ Kerajaan Demi Kesejateraan Rakyat Dan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Langkah-langkah ekonomi kerajaan, termasuk mengawal perbelanjaan awam, menaikkan kadar dan mengurangkan subsidi, adalah penting bagi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang serta untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh.
Langkah-langkah ini, meskipun dianggap “tidak popular” oleh beberapa pihak, adalah amat perlu untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, di samping meneruskan pertumbuhan kukuh pekerjaan dan pendapatan dalam empat tahun kebelakangan ini, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
“Institusi-institusi, pelabur dan agensi antarabangsa menyokong pendekatan bertanggungjawab ini. Berbeza dengan pihak pembangkang, yang menjanjikan segalanya kepada semua orang, kerajaan mengambil keputusan-keputusan sukar, yang diperlukan untuk melindungi ekonomi Malaysia,” kata jurucakap itu.
Sesetengah langkah itu mungkin tidak popular sekarang, tetapi dalam jangka sederhana, apa yang baik bagi ekonomi adalah juga baik bagi rakyat.
Agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard & Poor’s telah menyemak naik penarafan Malaysia berikutan prospek yang lebih baik hasil daripada langkah-langkah fiskal dan reformasi oleh kerajaan.
“Dalam jangka pendek, kerajaan menyediakan bantuan tambahan kepada mereka yang paling memerlukan. Kita akan membuka kedai-kedai 1Malaysia baharu untuk membantu mengurangkan kos barangan keperluan harian dan Klinik 1Malaysia baharu untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang termampu,” tegas beliau.
Juga, mulai Isnin ini, seramai 7.9 juta penerima dari kalangan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan boleh memohon bagi pembayaran bantuan rakyat 1Malaysia baharu.

Tiada ulasan: