Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 Disember 2013

konvoi khas Ops Banjir Kesatria Muda bantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan,bermula hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan konvoi khas Ops Banjir Kesatria Muda bagi menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan, hari ini.

Konvoi inisiatif Pemuda UMNO itu, yang berlepas dari pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, membabitkan 30 kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan tiga lori membawa kira-kira 4,000 kotak muatan keperluan harian seperti beras, susu serta air mineral bernilai RM600,000 untuk mangsa banjir.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, 100 sukarelawan Pemuda UMNO akan turun padang membantu kira-kira 1,000 sukarelawan di negeri terjejas.

Sukarelawan terbabit akan berada di kawasan terjejas sehingga banjir pulih.

Tiada ulasan: